Berjimat memang disarankan lagi-lagi sekarang ni masa zaman semua benda pun naik harga. Tapi, kalau ya pun nak berjimat, janganlah sampai jadi kedekut dan menyusahkan orang lain. Tak elok jugakkan?
Macam baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok di Indonesia yang buatkan ramai geleng kepala dengan perangainya.
Dalam video yang dimuat naik ini, lelaki ini mengatakan bahawa jika berjimat boleh jadi kaya jadi dia telah menetapkan syarat kepada isterinya untuk menukar lampin kotor anaknya hanya bila ia dah mencapai berat 200g.
@rudidemaio Udah di bilangin Harus tunggu ampe 200 gram baru ganti pamper baru, tapi tiap kali belum 100 gram udah ganti… boros bgt sih 😡😡😡😡. Pengen ganti istri aja…
Aku bagi standard dekat isteri supaya dah sampai 200 gram baru boleh ganti pampers.”
Lelaki ini kemudiannya telah membawa penimbang untuk timbang lampin kotor anaknya ketika isterinya sedang membersihkan anaknya dan melihat lampin tersebut hanya seberat 120 gram dan mengatakan bukan masa untuk ganti lagi.
Tapi isteri aku, baru 120g dah ganti… Rasa macam nak ganti isteri je. Kekosongan dibuka untuk cari isteri jimat.”
“Masa untuk ganti suami yang kedekut”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah menasihati wanita itu untuk mencari suami yang lebih bijak dan tak kedekut seperti ini.
Selain itu, netizen turut mengingatkan lelaki itu jika tidak mengganti lampin tiga ke empat jam selepas pakai, boleh naik ruam. Kesian anak nanti gatal and sakit.
Selepas menerima banyak kecaman dari netizen, lelaki tersebut telah tampil menjelaskan bahawa video ini hanyalah sebagai konten untuk buat hubungannya dengan isteri tambah mesra. Oh nasib baik main-main. Kalau tak kesian kat anak…
Baca: “Eww pengotor” – [VIDEO] Netizen Geli Influencer Biarkan ‘Pampers’ Kotor Anak Bersepah Dalam Rumah