Pada 17 Februari lalu, bintang pop Indonesia, Cakra Khan telah mengadakan konsert A Decade Cakra Khan Live in Kuala Lumpur 2.0 yang bertempat di Plenary Hall, KLCC.
Konsert tersebut turut menampilkan penyanyi hebat tempatan iaitu Dayang Nurfaizah serta rakannya dari Indonesia iaitu Dato’ Rossa serta Judika.
Artikel berkaitan: “Jangan meninggi diri ye” – Berduet Dengan Cakra Khan, Siti Nurhaliza Titip Pesan Buat Umai
Artikel berkaitan: Hampir Diminta Berhenti Oleh Simon Cowell, Cakra Khan Dapat 4 ‘Yes’ Dalam America’s Got Talent!
Pun begitu, terdapat satu momen yang sangat indah ketika konsert itu berlangsung apabila terdapat video memaparkan Jaheerah yang merupakan gadis kelainan upaya (OKU) dan sering muncul di media sosial dek ketabahannya dalam membantu bapanya berniaga sedang humming lagu Cakra Khan.
Jaheerah atau lebih dikenali sebagai Eerah dalam video itu kemudiannya disapa oleh seorang wanita lain dan seterusnya berpeluang membuat panggilan video dengan pelantun lagu Kekasih Bayangan itu.
once of touching moment during cakra khan concert. eerah burger pernah humming lagu cakra khan, dan lepas burger dia viral tu, cakra khan video call dia sendiri and now, jemput dia datang masa concert as special guest. Siap bawa burger and dia makan terus on stage.🥺 pic.twitter.com/CaRQqGjmwf
— AL (@ciraplaici) February 20, 2024
Apabila Cakra mula bernyanyi selepas tayangan video tersebut, tiba-tiba Eerah membuat kejutan dan muncul di atas pentas bersama bapanya, situasi itu membuatkan penyanyi Indonesia itu sebak dan kemudiannya menghentikan nyanyiannya.
Lebih membuatkan netizen terharu, Eerah juga membawa sebiji burger dan Cakra tanpa berfikir panjang terus menjamah makanan tersebut.
Dalam pada itu, Cakra turut berkata Eerah banyak mengajarnya dalam memahami erti kesyukuran, serta keadaan seseorang itu tidak menjadi penghalang dalam mencari rezeki.
Terharunya!
Sumber: X