in

“Siap bawa parang lagi” – Pasangan Suami Isteri Baling Pasir & Tendang Penunggang Motosikal Di Jambatan Pulau Pinang

FT SUAIMI ISTERI MOTOR

Tindakan 2 individu yang dipercayai sepasang suami isteri kini sedang tular dan menimbulkan kegusaran penduduk di Pulau Pinang terutamaaya bagi mereka yang menunggang motosikal di atas jambatan.

Dalam video yang sedang tular itu, seorang wanita dipercayai telah membaling pasir ke muka penunggang lain dan akan cuba bersikap agresif kepada sesiapa sahaja yang memotong dan lalu di tepi kenderaannya.

Artikel berkaitan : Mufti Pulau Pinang Minta Kerajaan Batalkan Konsert Ed Sheeran, Sebab…

Artikel berkaitan : [VIDEO] Nak Elak Ditahan JPJ, Lelaki Sanggup Tinggalkan Tunang Di Jambatan Pulau Pinang

Menurut sumber wanita tersebut dikatakan membawa parang bersamanya dan dapat dilihat dalam video ini dia sedang cuba menendang penunggang lain dan melibas mereka jika lalu di sebelah motosikal yang dipandu individu yang didakwa suaminya.

Difahamkan, kejadian ini berlaku di Jambatan Pulau Pinang dan perbuatan itu dipercayai sudah dilakukan beberapa kali kerana terdapat satu rakaman video di lokasi yang sama pada waktu malam.

Video tersebut telah mengundang kemarahan orang ramai dan ada di antara netizen mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pasangan ini.

Screenshot 2024 02 06 155337 Screenshot 2024 02 06 155410 Screenshot 2024 02 06 155504

Jadi marah pula bila tengok tindakan dia orang ni, apa yang dia dapat entah kalau buat orang macam tu.

Sumber: X