Dunia masih dalam pandemik Covid-19. Banyak perkara yang biasa dilakukan terpaksa diubah mengikut kesesuaian norma baru. Senjata kita dalam melawan pandemik ini ialah dengan pakai facemask dan jaga kebersihan diri.
Selain facemask, ada ikhtiar lain yang boleh diamalkan untuk mengelak diri dari terkena jangkitan virus ini. Antara yang boleh dilakukan ialah dengan berdoa supaya diri kini dan keluarga terhindar dari wabak dan penyakit.
Ada satu video yang viral di media sosial yang menunjukan satu upacara bacaan doa tolak bala dan wabak di Thailand. Yang menariknya, upacara itu diadakan di istana di sana dan turut dihadiri oleh Raja Thailand. Baginda turut sama menadah tangan dalam upacara itu. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video @JalalMisai_2 kat bawah ni
https://twitter.com/JalalMisai_2/status/1342059209953710080
Siap amin kan doa
Setakat yang admin tahu, keadaan pandemik Covid-19 di Thailand agak terkawal. Elok juga buat bacaan doa macam ni, raja dan rakyat jelata sama-sama berdoa.
Admin pun tertanya gak pasal benda ni. After all kita sama-sama ikhtiar kan. Usaha dah, doa lah pulak.
Yang ni admin ada perasan gak. Cuma tak dapat liputan media je lah. Kalau hujan payah nak buat event.
Oh yeke. Kalau raya kat sana meriah, tak dapat balik kampung pun tak rasa sunyi sangat. Kalau korang ada sedara-mara yang kerja kat sana, share lah sikit pengalaman, nak tahu gak.