in

“Siap ada business class seat” – Sebab Tak Boleh Melancong, THAI Airways Buka ‘Restoran Kabin’ & Jual Cakoi Goreng

Restoran Kabin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak syarikat yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda satu dunia sekarang. Antara yang sangat terkesan dan kerugian adalah syarikat penerbangan memandangkan rakyat masih belum boleh melancong ke luar negara melainkan untuk urusan penting.

Demi memastikan mereka dapat terus bertahan dalam bisnes, THAI Catering iaitu katerer bagi syarikat penerbangan THAI Airways telah membuka ‘restoran kabin’.


Thai2 1

Thai1

Restoran itu menggunakan kerusi pesawat untuk memberikan pelanggan mereka pengalaman seperti berada di dalam kabin. Malah, restoran kabin ini juga mempunyai bahagian ‘business class’ sama seperti pesawat.

Pelanggan akan menerima boarding pass jenis elektronik selain turut disambut dan dilayan oleh kru yang berpakaian seperti pramugari untuk pastikan agar keadaan sekeliling memang seolah-olah sedang dalam perjalanan di dalam kapal terbang.

Thai5 1

Thai3 1

Thai4 1

Bukan itu sahaja, mereka juga dilaporkan menambah menu baru iaitu cakoi yang digoreng panas! Ianya masih dalam proses melakukan latihan di pejabat penjualan tiket THAI Airways di Silom Road, Bangkok.

Cakoi1

Cakoi3

Gerai tepi jalan itu terletak betul-betul di bahagian luar pejabat tersebut dan sejak dibuka, orang ramai dilihat tidak putus datang serta sanggup beratur untuk rasa cakoi yang digoreng panas-panas. Cakoi itu memang digoreng sendiri oleh staf dari katerer THAI Airways dan dibantu oleh kakitangan syarikat penerbangan tersebut.

Cakoi2

Cakoi8

Cakoi yang dijual dalam saiz mini ini turut dihidangkan bersama pencicah dan dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.30 pagi. Difahamkan, ramai pelanggan yang datang untuk membeli semula selepas kali pertama cuba merasa cakoi mereka. Malah, sebelum ini ramai datang beratur jam 8 pagi tetapi cakoi itu dah habis terjual!

Cakoi6

Cakoi7

Dekat Malaysia pun memang laku cakoi panas-panas macam ni. Sedap!

Baca: “Semoga dimurahkan rezeki” [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Peniaga Ini Bergelut Selamatkan Gerai Dalam Ribut

Cc 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: MGR Online
Sumber: The Standard
Sumber: The Standard
Sumber: The Standard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.