in

[VIDEO] Kawan Dah Settle 2 Dose, Pemuda Tak Cukup 14 Hari Hanya Mampu Tengok Dari Luar Kedai

Fi Tengok Kawan Makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat masa kini, aktiviti dine-in di premis makanan boleh dikatakan sebagai satu perkara yang agak rare sebab ia nya hanya dibenarkan untuk individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin sahaja.

Jadinya untuk sesiapa yang belum lengkap suntikan vaksin atau tak cukup 14 hari pun mesti akan rasa sedikit cemburu bila tengok kawan-kawan lain tengah lepak bersama.


 

Kawan-kawan lepak kedai makan

Terbaru, beberapa buah video mengenai situasi sewaktu dine-in beberapa orang pemuda ini menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @Hasrul Amin ini, dia memuat naik suasana bersama rakan-rakannya lepak di sebuah kedai makan. Dapat dilihat dalam video tersebut, mereka berempat tengah enak menikmati makanan masing-masing.

Namun rupa-rupanya, ada salah seorang dari rakan mereka yang hanya duduk di luar kedai makan tersebut.

https://www.tiktok.com/@hasrulamin16/video/7002976417696714011?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

 

Kawan tak cukup 14 hari 

Nak dijadikan cerita, salah seorang rakan mereka itu sebenarnya dah lengkap dua dos suntikan vaksin tapi belum cukup 14 hari tempoh yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Menurut Hasrul, kawannya itu setia menunggu mereka sebab dia membawa Hasrul ke kedai tersebut. Jadinya dia hanya duduk di luar, sambil minum minuman yang dipesan sebab tak ada selera untuk makan.

Tengok Kawan Makan 4

https://www.tiktok.com/@hasrulamin16/video/7003229379354479899?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Posting video yang menarik perhatian warganet tersebut, sehingga kini telah meraih 450k tontonan di TikTok.

 

“Respect orang ikut peraturan”

Oleh kerana kejujuran rakannya itu, ramai juga netizen yang turut memuji tindakan lelaki tersebut sebab patuh dengan arahan yang telah dikeluarkan. Namun ramai juga warganet yang terhibur dengan situasi tersebut, dengan menyifatkan rakannya itu sangat baik sebab masih menunggu kawan-kawan lain untuk habiskan makanan mereka sebelum pulang. Bagus betul.

Reak Tengok Kawan Makan 3 Edit Reak Tengok Kawan Makan 2 Edit Reak Tengok Kawan Makan 1 Edit

Memang contoh semangat setia kawan yang patut ada. Kalau korang dekat tempat pemuda tu, apa korang buat?

 

Baca : “Salam dine-in dari Perlis” – Kongsi Gambar Dine-In Di Restoran, Ramai Jealous Perlis Kini Fasa 3 PPN

Foot Tengok Kawan Makan

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.