Mengidamkan majlis perkahwinan yang indah dan didatangi ramai orang merupakan suatu perkara yang diimpikan oleh semua para pengantin. Orang cakap kahwin ini sekali seumur hidup sahaja merasa apa salahnya kalau nak lebihkan sikit usaha untuk bersanding.
Namun, tidak semua boleh mengikut cara tersebut kerana bukan mudah untuk dilakukan majlis besar-besaran sedemikian tambahan apabila melihat kos-kos yang terlibat seperti makanan, hantaran dan pelamin.
Para pengantin juga seharusnya ukur baju di badan sendiri dan melihat sendiri kemampuan agar tidak termakan oleh diri sendiri dan menanggung derita yang berpanjangan.
Seperti baru-baru ini, tular sebuah hantaran di media sosial mengenai kisah ibu bapa yang dilihat ingin merancang majlis perkahwinan anaknya dan berlaku tragedi gelap yang merosakkan kehidupan keluarga tersebut.
Abang kahwin dengan janda, tak pernah bawa bakal isteri jumpa keluarga
Hantaran tersebut telah dikongsikan di laman Twitter TwtWedding yang memuatnaik tangkap layar luahan hati salah satu pengikut akaun tersebut mengenai nasib keluarganya yang menanggung derita selepas majlis perkahwinan abangnya.
Buat duit takde duit, sampai parents pinjam Ah Long. Tup Tup lepas majlis honeymoon di sabah.
Pelamin & Baju je 7K? pic.twitter.com/Ed9i17piAb
— TwtWedding (@twtmalaywedding) August 23, 2022
Pada awalnya, dia telah menceritakan mengenai abangnya yang baru berkahwin awal tahun ini bersama seorang wanita dikatakan seorang janda yang memiliki satu anak.
Sebelum berlangsungnya perkahwinan, abangnya tidak pernah membawa bakal isterinya berjumpa dengan keluarga dan paling pelik, perkahwinan diadakan di sebelah lelaki sahaja kerana ibu kepada janda tersebut tidak mahu ahli keluarganya mengetahui yang wanita tersebut sudah bercerai.
“Abang saya dah start nampak malas gila nak kerja. Dia tauke kedai makan dan sekarang jarang dia datang kedai.”
Dah jemput tetamu, abang minta cancel majlis kahwin
Menurutnya juga, dua minggu sebelum majlis bermula, abangnya masih tidak memberi sebarang duit untuk persiapan majlis kahwinnya sendiri dan perkara tersebut telah membuatkan ibunya panik sebab mereka telah mula menjemput orang dengan memberi kad jemputan.
“Majlis jemputan 1000 orang. Bila jemputan seribu, untuk makan mesti kena buat lebih.”
Ibunya juga telah mula mendesak abangnya untuk membayar segala persiapan perkahwinannya namun gagal kerana dia mendapati abangnya tiada duit untuk bayar. Dalam pada itu juga abangnya meminta untuk membatalkan majlis tetapi ditentang oleh ibunya sebab taknak tanggung malu.
Ambil jalan mudah, pinjam ah long sampai RM20k
Disebabkan itu, ibunya terpaksa mengambil jalan mudah dengan meminjam daripada Ah Long sebanyak RM20,000 demi melancarkan majlis perkahwinan tersebut.
“Mak dengan abah saya hutang Ah Long. Parents saya kerja kilang je macam mana nak bayar. Abang saya cuma keluar duit untuk pelamin dan sewa baju pengantin cecah RM7k.”
Abang buat hal, pengantin tak ada semasa majlis kahwin
Semasa majlis berlangsung, ibunya berpura-pura gembira di hadapan tetamu dan sering masuk ke bilik, menangis kerana memikirkan hutang-hutang yang masih belum dilunaskan seperti barangan basah, upah memasak dan DJ.
“Then dia dapat tahu pengantin pula pukul 2.30pm dah pergi shooting. Malu gila kami sekeluarga pengantin tak ada. Habis majlis pukul 6, kami semua tunggu mereka balik sebab nak bagi pengantin cuci pinggan. Sampai lepas maghrib baru keluar rumah, alasan penat.”
Majlis habis je terus pergi ‘honeymoon’ di Sabah!
Menurut hantaran tersebut juga, dia mendapat tahu bahawa sesudah habis majlis mengenai abangnya yang pergi berbulan madu di Sabah. Apa yang buat mereka terkilan pada awalnya kerana abangnya telah menipu bahawa dia tidak ada duit tapi mampu bercuti ke Sabah.
“Terkejut semua sebab cakap takde duit nak buat kenduri tapi tuptup pergi honeymoon Sabah wowww..”
Abang-abang tak bagi kahwin sebab suruh jaga mak ayah
Dia juga meluahkan perasaan mengenai dirinya yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Keinginannya untuk berkahwin terhalang kerana abang-abangnya tidak membenarkan hanya kerana tiada siapa akan menjaga ibu bapanya kalau dia berkahwin.
“Terkilan rasa….”
Min pun rasa terkilan dan tak sangka ada juga kisah sebegini dalam kalangan masayarakat kita. Semoga semua boleh ambil pengajaran melalui cerita ini dan sentiasa bersederhana dalam apa jua keadaan.
Baca: “Mcm budak intern” – Netizen Tumpang ‘Troll’ Lepas Tengok Lelaki Ini Tengking Ah Long