in

Shuib Rayu Netizen Untuk Berhenti Kongsi Foto & Video Throwback Arwah Sarah Tak Tutup Aurat

Ft Shuib Rayu Henti Kongsi Gambar Siti Sarah Tak Tutup Aurat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah hampir seminggu berita duka mengenai pemergian arwah Siti Sarah Raissuddin ini dan ternyata kehilangannya memberikan impak besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sehingga kini, masih ramai yang kongsikan video dan foto kenangan arwah sepanjang kegiatannya dalam bidang seni bahkan ramai juga yang mendedahkan perkara-perkara baik yang arwah telah lakukan sepanjang hidupnya.


 

Mohon henti kongsi imej arwah tak tutup aurat – Shuib

Shuib Rayu Henti Kongsi Gambar Siti Sarah Tak Tutup Aurat

Namun begitu, suaminya pelawak, pelakon dan usahawan Shuib Sepahtu semalam telah membuat satu kenyataan terbuka memohon agar orang ramai menghentikan membuat perkongsian sebegitu terutamanya ketika arwah tidak menutup aurat.

Katanya menerusi Instagram lagi, Shuib juga memohon agar netizen untuk padam segala perkongsian itu jika ada yang sudah memuat naik. Selain itu, Shuib merayu kepada orang ramai agar tidak menceritakan kebaikan arwah secara berlebih-lebihan.

Cukuplah kita sekadar bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita.”

https://www.instagram.com/p/CSmMsq_BkHG/?utm_medium=copy_link

Bagaimanapun, Shuib menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia 9 Ogos lepas.

 

Baca : “Erti sahabat” – [VIDEO] Netizen Puji Rahim, Sama-Sama Sarung PPE Tolong Proses Kebumi Siti Sarah

Fi Rahim Tolong Shuibb

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.