Semenjak mendirikan rumah tangga dengan Ubai, ramai yang mengakui penyanyi, Shila Amzah kelihatan lebih ceria, tambahan pula mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rhea Akira yang dilahirkan pada Mei lalu.
Pun begitu perkongsian Shila hari ini mendapat perhatian ramai apabila dia meluahkan tentang rasa trauma terhadap sebuah negeri di Malaysia.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Air dicincang takkan putus” Netizen Terharu Tengok Syada Amzah ‘Wish’ Hari Lahir Shila Amzah
Artikel berkaitan: “Doakan kami” – Shila Amzah Dedah Anak Sulung Hidap Autisme
“Tak ramai yang tahu, Pulau Pinang buat saya trauma”
Shila yang kini sedang bercuti di Pulau Pinang bersama keluarganya meluahkan bahawa negeri itu pernah membuat dia berasa trauma disebabkan beberapa kejadian yang berlaku di sana yang menghantui dirinya.
Menurut Shila, walau bagaimanapun rasa trauma itu berjaya diatasi dengan adanya Ubai di sisinya.
Oh, saya melewati trauma saya yang lampau itu. Saya melalui trauma lama itu bersama-sama dengan suami tercinta.
“Tidak ramai yang tahu, Pulau Pinang buat saya trauma. Ada beberapa insiden yang berlaku di Penang yang menghantui saya dan saya tidak dapat melupakannya, sudah lebih 10 tahun.
“Saya cuba mengatasinya 3 tahun lalu dan gagal dengan teruk sekali. Sehinggalah kami (baru-baru ini) bercadang untuk bercuti, Ubai tahu semuanya dan saya mencadangkan Pulau Pinang sebagai destinasi,” katanya.
Bila ditanya mengapa dia ingin ke Pulau Pinang, Shila membalas yang dia ingin mencipta memori baru dengan keluarga kecilnya.
Akhirnya kami berjaya melakukannya. Saya bersyukur kerana dapat melakukan ini dengan dia (Ubai) dan saya sangat berterima kasih dengannya kerana muncul dalam hidup saya,” katanya lagi.
Untuk rekod, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata bernama Rhea. Shila juga mempunyai anak lelaki bernama Seth Uwais, hasil perkahwinannya dengan suami terdahulu.
Semoga perkahwinan Shila dan Ubai terus sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin.