in

Shell Café Maniskan Selera Rakyat Malaysia Dengan Lima Donut Baharu Yang Memikat

collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Shell Café, jenama di sebalik sosej firecracker yang pernah menggemparkan Malaysia, kini hadir untuk ‘memaniskan’ lagi perjalanan anda dengan cara yang baharu. Selari dengan taglinenya, “Worth Stopping For,” Shell Café memperkenalkan rangkaian donut baharu yang penuh indulgence, dibuat dengan bahan-bahan premium untuk memberikan rakyat Malaysia nikmat manisan ketika dalam perjalanan.

Sama ada anda singgah sekejap, berhenti untuk secawan kopi, atau mencari manisan untuk dikongsi di mana-mana majlis, rangkaian donut baharu dari Shell Café ini pasti memikat. Penuh dengan karakter dan rasa mewah yang tak dibuat-buat, setiap donut direka untuk menjadikan setiap perjalanan anda terasa lebih istimewa.


IMG 7493

Setiap donut dalam menu baharu ini hadir dengan personalitinya tersendiri dari rasa coklat yang kaya dan padu, hinggalah yang lembut dan berbuah, memastikan ada sesuatu untuk semua selera. Donut-donut ‘mood booster’ ini sempurna untuk dikongsi bersama rakan, menceriakan perjalanan jauh, atau menjadikan rehat kopi anda lebih istimewa.

Antara pilihan donut termasuk:

  • Cookies & Cream – Gabungan krim dan kerangupan yang memanjakan, dengan manis yang cukup ‘bold’.
  • Nutty Hazel – Kaya, berperisa kacang, dan sempurna untuk pencinta coklat yang suka rasa yang lebih mendalam.
  • Strawberry Jelly – Lembut, berinti jem manis, dan ‘playful’ pilihan ideal buat mereka yang suka sentuhan merah jambu dan vibe nostalgia.
  • Apple Glaze – Manis berbuah dengan sedikit masam yang menyegarkan. Lagi best, ia ditabur dengan ketulan jeli epal untuk ‘pop’ ekstra!
  • Cocoa Delight – Klasik yang tak pernah mengecewakan lembut, licin, dan sentiasa memikat dari gigitan pertama.

Donut KV ENG

Setiap gigitan dibuat dengan bahan premium: menggunakan bahan Eropah seperti coklat Belgium, mentega berkualiti, dan vanilla Madagascar. Tanpa perisa dan pewarna tiruan, donut ini menawarkan indulgence yang bukan sahaja lazat, tetapi juga terasa lebih baik.

“Di Shell Café, kami melihatnya bukan sekadar tempat singgah ketika mengisi minyak; kami mahu ia menjadi ruang untuk anda ‘recharge’. Sebab itulah kami sentiasa berusaha menambah baik pilihan yang ditawarkan. Donut baharu ini melengkapi rangkaian makanan segar kami yang sedia ada, menjadikan setiap kunjungan lebih manis. Sama ada dipadankan dengan kopi pagi anda, dikongsi bersama rakan, atau dinikmati dalam perjalanan setiap gigitan dicipta untuk memikat. Sekali rasa, pasti nak lagi,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobiliti, Shell Malaysia.

Bagi meraikan pelancaran ini, Shell Café menawarkan sesuatu yang istimewa beli mana-mana 2 donut dan nikmati minuman bersaiz biasa secara PERCUMA! Pilih antara Americano, Teh Tarik atau Iced Lemon Tea, semuanya disediakan segar di Shell Café. Bukan itu sahaja, ahli Shell App juga boleh nikmati ganjaran khas “Beli 5, Percuma 1” kumpul lima pembelian donut dalam aplikasi dan dapatkan 1 donut percuma!

IMG 7499

Jadi, tunggu apa lagi? Singgah di Shell Café terdekat anda, pilih perisa kegemaran, dan jadikan hentian anda lebih manis. Untuk kemas kini dan tawaran eksklusif, sila layari https://www.shell.com.my/shell-stations/shell-cafe.html 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.