in

“She looks expensive!” – Makin Meningkat Remaja, Puteri Ameerah Anak Sultan Brunei Tarik Perhatian Netizen

Puteri Ameerah Sultan Brunei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, keluarga kerabat Diraja di mana-mana negara sekali pun, pastinya ada aura tersendiri, malah kecantikan mereka juga boleh dikatakan tiada tolok bandingnya.


Sebelum ini, nama Putera ‘Abdul Mateen menjadi perhatian dunia apabila rupa parasnya berjaya menambat hati ramai.

Putera atau Pengiran Muda Brunei yang merupakan anak kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah itu kini sudah pun berusia 31 tahun, namun seorang lagi cahaya mata Sultan Brunei itu menjadi perhatian serta bualan netizen.

Puteri Brunei yang sedang meningkat dewasa iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengeran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah kini menjadi bualan netizen dek kerana rupa parasnya yang semakin cantik dan menawan.

https://www.tiktok.com/@thehuman_5/video/7254085193076690178

Walaupun baru berusia 15 tahun, rupa paras Puteri Brunei ini kelihatan matang dan classy. Menurut sumber, kini beliau belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei) sejak 2017 sehingga kini. Sebelum ini, juga Puteri Ameerah menerima pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

“Dia nampak ‘mahal'”

Baru-baru ini, tular beberapa gambar Puteri Ameerah ketika menghadiri Charity Polo Day 2023 di The Royale Polo and Riding Jerudong, Brunei.

Walaupun pakaiannya kelihatan simple, namun ramai yang memuji kecantikan asli Puteri Brunei itu, ada juga netizen yang menyamakan muka Puteri Brunei itu dengan ibunya yang merupakan bekas wartawan TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.

Cats 32

Lawa betul, macam Disney Princess! 

Baca: “Cantik betul!” –  Ramai Teruja Lihat Kemunculan Pertama Sultanah Kelantan

Sultanah Kelantan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.