in

“Shame on you” – Doktor Dikecam Teruk Lepas Promosi Vape di Media Sosial

Doktor Promosi Vape Di Media Sosial

Selain daripada merawati pesakit, sudah menjadi tanggungjawab seorang doktor untuk menyebarkan info-info yang benar mengenai kesihatan dan mempromosi gaya hidup yang sihat kepada orang ramai.

Namun tindakan seorang doktor mempromosi vape secara terang terangan di media sosial telah mengundang pelbagai kritikan netizen.

“Menda tak lulus KKM boleh buat main-main”

Menerusi perkongsian seorang pakar dalam bidang farmasi, Professor Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed di Facebook, beliau telah menegur tindakan seorang doktor yang katanya telah mempromosi penggunaan vape untuk berhenti merokok di Instagram.

Main

Doktor Smoking

Beliau yang juga dikenali sebagai Prof Haniki ini telah meninggalkan komen di posting doktor tersebut memberi peringatan akan kesalahan seorang doktor dalam mempromosi e-cigarette dan vape yang menurutnya tidak pernah mendapat kelulusan mana-mana negara sebagai satu cara untuk berhenti merokok.

Namun jawapan balas dari doktor berkenaan agak mengecewakan kerana dia mendakwa prof tersebut busuk hati kerana meninggalkan komen tersebut di postingnya.

Of course sebelum saya post saya tau consequences negative comment. Cuma 1 je saya nak tegur. Saya ni bukan baru post 1 video. Banyak video education health lain yang baik-baik. 

“Tak ada plak encik nak comment. Sebab apa? Sebab hati hitam dan busuk. Lebih tertarik dengan benda-benda negatif dan bercakap benda-benda condemn,” balas doktor tersebut.

298089919 10159952364387733 5536871836688503335 N

“KKM ambil tindakan. Staf KKM ni promosi benda yang memudaratkan” 

Rata-rata netizen yang membaca posting berkenaan bersetuju dengan teguran yang diberikan Prof Haniki dan berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada doktor itu.

Doktor Tiktok

Doktor promosi penggunaan vape. Apa pendapat korang mengenai isu ni? 

Baca: Cabul Empat Pesakit Lelaki, Doktor Malaysia ‘Dibuang’ Dari New Zealand

Cabul

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook