in

Shakilla Khoriri Titip Pesanan Buat Anak, Sedih Hidup Berubah Kerana Kesilapannya

Ft Shakilla Khoriri Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa sebak apabila dia mengenangkan nasib anaknya, Ameena yang terpaksa berdepan dengan dugaan besar seawal usia 5 tahun.

Dalam luahan yang dikongsikan menerusi Instagram miliknya, Shakilla juga mengatakan bahawa dugaan yang anaknya terpaksa hadapi itu adalah disebabkan kesilapan dirinya sendiri.


Artikel Berkaitan : Shakilla Khoriri Terkejut Fizi Ali Bernikah, Hanya Diberitahu Ingin Bawa Anak Ke ‘Waterpark’

Artikel Berkaitan : Netizen Tuduh Fizi Ali Tak Bantu Isteri Buat Kerja Rumah Jadi Punca Cerai, Shakilla Khoriri Buka Mulut

Jelasnya lagi, dia begitu sedih apabila melihat kehidupan Ameena berubah sejak penceraiannya dan tak sama seperti kawan-kawan lain yang sebaya dengannya.

“Awak terpaksa menjadi dewasa sebelum sampai waktunya. Awak terpaksa melalui jalan lain yang di sebelah awak ada Umi yang pastinya suatu perjalanan yang kurang menyeronokan untuk awak.”

Tegasnya, sebagai ibu, Shakilla akan mengutamakan anaknya dalam segala hal dan sanggup berkorban apa sahaja untuk melindungi anaknya.

“Awak tak layak untuk rasa semua tu tapi awak layak mendapatkan lebih dari yang sepatutnya. Satu hari awak akan faham perjalanan yang kita tempuh ni bagaimana dan kenapa.”

“Mungkin hari ni awak terjatuh dan berfikir awak tak mampu lagi sebaris dengan kawan-kawan awak untuk berlari dalam laluan yang sama, tapi Umi janji, Umi akan bentangkan sebuah padang yang besar dan cantik untuk awak berlari seorang.”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Untuk rekod, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri berkahwin pada 18 Januari 2018, namun begitu, mereka bercerai pada Disember 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofea yang kini umurnya berusia 5 tahun.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.