Ingatkan masalah pencemaran air ini dah setel, rupanya ada lagi!
Hari ini, satu lagi insiden pencemaran sumber air mentah telah dikesan di Sungai Selangor sekitar jam 2 pagi ini, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
Menurut Astro AWANI, arahan henti tugas telah dikeluarkan oleh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.
Henti tugas empat loji ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan. Uish banyak tu!
Henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dilaksanakan berikutan pencemaran sumber air mentah telah dikesan di Sungai Selangor.
Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan ini boleh didapati di https://t.co/k1F7Vvn6rS pic.twitter.com/B1AkGCKAvS
— Air Selangor (@air_selangor) October 19, 2020
Ia melibatkan pengguna di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Pada masa yang sama, Air Selangor juga memberitahu yang pemulihan setakat jam 2 pagi ini untuk insiden henti tugas separa LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) berikutan kes paip air pecah pada Sabtu lalu telah mencapai kadar 80 peratus.
https://www.facebook.com/airselangor/posts/3782239041806650
Namun berikutan insiden pencemaran bau awal pagi ini libatkan loji yang sama, maka pemulihan kawasan tersebut tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang diumumkan semalam (18 Oktober). Aduhai...
Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” kata Air Selangor.
Untuk maklumat lanjut mengenai kawasan yang terlibat, korang boleh klik di sini.
Harap cepatlah settle masalah air ini kan. Penduduk di Selangor ni bagaikan jatuh ditimpa tangga. Sudahlah PKPB, tak air pulak tu.