Pelakon dan pelawak, Along Cham berkongsi kepada Mahkamah Rendah Syariah, Sepang bahawa dia pernah melafazkan cerai talak satu buat kali pertama terhadap isterinya, Afreena Suhaimi pada Jun 2024.
Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42 mengatakan bahawa lafaz cerai kali pertama itu dibuat pada 18 Jun 2024.
Artikel berkaitan : Suspek Yang Menipu Isteri Along Cham Ada 5 Rekod Jenayah Di 4 Negeri
Artikel berkaitan : Gelarkan Isteri ‘Mak Lampir’, Along Cham Dedah Punca Failkan Cerai Taklik
Kata Along, lafaz berbunyi, “Afeena Binti Suhaimi, aku ceraikan engkau dengan talak satu,” yang mana lafaz itu dibuat di rumah mereka di Cyberjaya.
“Setiap kali sikapnya terbongkar, dia mendesak saya ceraikannya, malah dia minta untuk berpisah lebih daripada 10 kali. Ketika itu terlalu banyak penipuan dan desakan berlaku, jadi saya cakap “aku ceraikan kau Afreena binti Suhaimi dengan talak satu.”
Namun begitu, selepas dia dipujuk dan berjanji untuk tidak ulangi kesalahannya, mereka rujuk semula sebagai suami isteri. Jelasnya lagi, ketika itu lafaz rujuk dibuat di hadapan Afreena sendiri dengan perkataan “ok, kita rujuk”.
Susulan itu, Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi telah menetapkan 1 dan 3 Julai ini bagi menyambung keterangan Along selaku plaintif itu.
Along diwakili peguam syarienya iaitu Muhammad Akmal Amzan sementara Afreena diwakili peguam syarienya Mohamad Iezwan Ielias.
Sebelum ini, Along memaklumkan dia nekad menfailkan cerai secara lafaz taklik terhadap Afreena disebabkan wanita itu sudah melanggar tiga perkara taklik yang dipersetujui mereka.
Untuk rekod, Along berkahwin kali kedua dengan Afreena pada 4 April 2024 selepas lapan 8 tahun menduda apabila bercerai dengan bekas isteri pertamanya, Zila Saeron pada September 2016.
Sumber : Kosmo!