Setiap orang mempunyai sisi kreatif masing-masing. Ada yang mengekspresikannya dalam bentuk nyanyian, lakonan, penulisan dan juga yang menggunakan bahan-bahan lain.
Tom Quirk seorang bapa dari United Kingdom menunjukkan sisi kreatifnya dengan menggunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) dan karpet. Antara hasil seni yang beliau telah tunjukkan termasuklah potret Mona Lisa dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Menurut laporan Metro UK, Quirk apabila isterinya pergi ke tempat kerja dan beliau ditugaskan untuk mengemas rumah. Quirk kemudiannya perasan terwujudnya satu garisan apabila beliau sedang membersihkan karpet dirumah menggunakan vacuum.
Bermula dengan garisan lurus, beberapa minggu kemudian beliau bereksperimen dengan garisan lengkung dan beberapa corak abstrak. Tanpa disedari, Quirk telah melukis litar F1 pada karpet rumahnya.
Tambah Quirk lagi, selepas daripada itu, beliau mula melukis potret selebriti dan watak fiksyen lain. Menggunakan pelbagai sambungan pada kepala vacuum cleaner miliknya, secara purata, Quirk dapat menghasilkan hasil seni dalam tempoh 15 ke 20 minit.
Korang boleh tengok beberapa hasil seni yang telah beliau buat hanya menggunakan vacuum cleaner dan karpet miliknya.
Baca: [VIDEO] Youtuber Di Dubai Curi Perhatian Ramai Lepas Berjaya Reka ‘Karpet Terbang’ Macam Aladdin