in

“Setiap hari saya menangis…” – Dibawa Lari Ke Thailand, Ejen Kosmetik Cerita Pengalaman Diculik

Pengalaman Azi Diculik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh beberapa hari lepas, seorang ejen kosmetik diculik ketika berada di rumahnya dan dikatakan telah dibawa ke Thailand, malah video penculikan tersebut juga telah tersebar luas di media sosial.

29 September lalu, ejen kosmetik Rosnazirah Mohd Naim yang lebih dikenali sebagai Azi itu telah dibawa pulang ke Malaysia oleh pihak berkuasa.


Hari ini, menerusi Harian Metro telah menceritakan pengalamannya diculik oleh sekumpulan lelaki selama lebih dua minggu itu.

Azi memberitahu dia tidak mengingati secara jelas kronologi penculikannya, namun dia sedar telah ditempatkan di sebuah rumah seakan homestay di sebuah perkampungan di Laos selepas dibawa dalam perjalanan panjang dari Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Ketika tiba di tebing Sungai Golok pada hari kejadian (diculik) untuk menaiki bot, ada beberapa saksi di sekitar tapi mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku atau tidak ingin masuk campur kerana takut.

Sebaik menyeberangi Sungai Golok, saya dibawa menaiki kereta dan terus menuju ke destinasi yang tidak diketahui, tapi menempuh perjalanan yang lama sehinggalah tiba di sebuah rumah di Laos.

Sepanjang ditahan, setiap hari saya menangis dan bertanya bila akan dikembalikan kerana saya difahamkan mereka tidak meminta wang tebusan, malah tidak tahu apa motifnya,” katanya.

Dilayan baik oleh penculik

Dia juga menyatakan sepanjang perjalanannya dari Thailand ke Laos, mereka bertemu dengan banyak sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan dia terus berdoa agar diberhentikan di mana-mana sekatan tetapi itu tidak berlaku sehinggalah sampai ke destinasi.

Bh04Azi O Bhfield Image Listing Featured V2

Sepanjang dia berada dalam tahanan sekumpulan penculik itu, dia memberitahu bahawa dia telah menerima layanan yang baik oleh individu-individu berkenaan termasuklah semua makan minumnya dijaga, pun begitu dia masih berasa bimbang jika diapa-apakan.

“Dalam hati, saya ada juga ingin menjerit meminta tolong, tapi mengenangkan ia mungkin sia-sia kerana kawasan sekitar adalah sawah padi dan tiada yang faham, saya hanya mampu berdoa sahaja,” katanya.

Disebabkan keadaan masih ‘panas’ ketika itu, Azi banyak kali bertanya kepada individu yang menahannya itu bila boleh dia dilepaskan, tetapi mereka hanya meminta dia untuk bersabar dan mereka memberi jaminan akan melepaskannya dalam tiga minggu hingga sebulan.

Akhirnya dilepaskan

Setelah beberapa hari, seorang daripada penculik itu berkata ‘you back home’ dan apabila Azi bertanya ‘when?’ , penculik berkenaan menjawab ‘today’.

Azi memberitahu dia dibawa menaiki kereta menuju ke Bangkok dan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand sebelum anggota mereka sedar wajahnya yang sedang tersebar berhubung kes penculikan dan itu menyebabkan mereka semua ditahan dan Azi dibawa ke depot tahanan imigresen.

“Tidak lama kemudian saya dibawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand dan selepas itu saya dapat berhubung dengan keluarga dan proses membawa pulang ke negara ini segera dibuat,” katanya.

Dalam masa yang sama, Azi mengakui masih berasa trauma tentang insiden yang melanda dirinya itu, dia juga meminta untuk diberikan masa secukupnya untuk berehat dan menenangkan fikiran sebelum memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai pengalaman pahitnya itu.

Semoga Azi sentiasa tabah dan semoga ini menjadi pengajaran untuk kita semua…

Baca: “Patutlah lama cari” –  Netizen Persenda Gambar Ejen Kosmetik Yang Diculik Ke Thailand

Wajah Ejen Kosmetik Dipersenda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.