
Bermula 8 Mac 2018 yang lalu, KL Special Force filem arahan Syafiq Yusof telahpun ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura. Berkisarkan tentang sekumpulan Unit Khas PDRM yang diketuai Roslan, pasukan ini berusaha untuk menumpaskan kumpulan perompak Geng Anarkis yang diketuai lelaki bernama Asyraff.
Bagi yang belum menonton, ini tujuh sebab kenapa korang kena tonton filem ni!
1. Kutipan hampir RM1 Juta hari pertama tayangan
Siapa pernah tonton filem Abang Long Fadil 2? Kalau pada tahun lepas Syafiq berjaya mendapat kutipan filem tertinggi sebanyak RM18 Juta dengan Abang Long Fadil 2, this time pengarah muda ini mungkin bakal menempa kejayaan yang sama kerana filem KL Special Force dah kutip hampir RM1 Juta pada hari pertama tayangan. Jumlah sebenar tidak didedahkan, tapi kutipan yang diperolehi on the first day kira-kira RM900,000. Wow!

2. 10 buah kereta diletupkan dalam filem, termasuk kereta mewah BMW, Nissan Skyline
Dah namanya pun filem aksi, mesti la ada adegan letup-letup kereta, kan? Syafiq memaklumkan bahawa jumlah kereta yang diletupkan dalam penghasilan filem ni adalah 10 buah kesemuanya! Mak ai banyaknya! Bukan kereta biasa-biasa je, kenderaan mewah seperti BMW dan Nissan Skyline pun kena letup sekali dalam ni! So kalau korang suka tengok filem ada letup sana letup sini, memang wajib pergi tengok cerita ni!

3. Filem ke-7 arahan Syafiq Yusof, tapi pertama kali buat filem aksi serius
Ramai dah tahu yang Syafiq ni merupakan anak kepada pengarah terkenal negara, Datuk Yusof Haslam. Syafiq pernah jadi pengarah termuda di Malaysia apabila memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pengarah menerusi filem pertamanya SAM: Saya Amat Mencintaimu pada usia 18 tahun. Merupakan filem ketujuh arahan Syafiq, KL Special Force ni first time dia try buat filem aksi serius! Memang menjadi!

4. Lakonan mantap Datuk Rosyam Nor
Sebut je nama Hero Malaya ni, memang tak perlu nak dipertikai lagi bakat dan kualiti lakonannya. Melakonkan watak Roslan, ketua Unit Khas PDRM, lakonan penuh emosi Rosyam memang boleh buat kita geram, simpati dan rasa nak nangis all at the same time. Walaupun dah umur 51 tahun, Rosyam melompat sendiri dari tingkat tujuh sebuah bangunan demi nak menjayakan filem ni. Bukan sekali dua dia melompat tu, lapan kali beb!

5. Rosyam Nor Puji Lakonan Fattah Amin
Biar betul ni? Selama ni tak putus-putus dilabel pelakon kayu, tiba-tiba lakonan Fattah Amin dalam filem pertamanya ni mendapat pujian daripada Rosyam. Bukan sembarangan orang, Rosyam Nor tau! Penonton yang dah tonton filem ni juga setuju bahawa lakonan Fattah ada banyak peningkatan sampai boleh bagi 9/10. Adegan aksi juga banyak yang dilakonkan Fattah sendiri. Terjun bangunan, bertumbuk, lawan atas bas bergerak, semuanya sendiri! Power lah!

6. Jalan cerita penuh plot twist, sukar dijangka, macam filem Hollywood
Ramai yang dah menonton rata-rata memberikan komen dorang almost tertipu dengan jalan cerita sebab banyak plot twist yang korang tak sangka-sangka. Selalunya kalau tengok cerita kita mesti boleh teka la sikit-sikit apa akan jadi nanti, tapi this time ramai penonton yang mengaku tak boleh nak teka jalan cerita ni. Ada juga yang samakan filem ni dengan filem Hollywood dan katanya ini filem wajib tonton tahun 2018 ni!

7. Banyak aksi dan pengajaran
Adegan aksi yang ditunjukkan memang tak henti-henti. Lepas satu, satu adegan aksi ditunjukkan. Kalau time takde aksi, nanti masuk babak melibatkan emosi dan perasaan pulak. Kalau sebelum ni Syafiq mesti akan ada selitkan isu kekeluargaan, this time pasal family tu ada tapi cukup-cukup rasa je. Penuh dengan pengajaran, isu rasuah, kepincangan ekonomi dan sisi buruk golongan kapitalis semuanya ada. At the end of the day, memang korang akan salute lah lepas tengok cerita ni.

Fuuuh, dahsyat ni! Korang yang belum tonton memang kena pergi tengok ni!
Tonton trailer filem di sini:
Sumber: Youtube