in

“Setan Bertopengkan Manusia”- Wanita Disamun Dalam Lif MRT Di Tumbuk Berkali-kali

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Setan Bertopengkan Manusia"- Wanita Disamun Dalam Lif MRT Di Tumbuk Berkali-kali
Loading
/

Takutnya admin dengan kes kali ni. Admin tengok video ni pun admin rasa seram. Kejam betul penyamun ni. Dah samun, lepas tu belasah macam tak ada rasa berikemanusiaan.

Sumber: Twitter


Viral sebuah video berdurasi 56saat yang menunjukkan seorang wanita yang sedang menaikki lif di sebuah stesen MRT.

Disamun dan dibelasah 

Menurut Berita Harian kejadian tu berlaku di Stesen MRT Taman Mutiara kira-kira 6.45 pagi khamis lalu. Video kejadian ni viral di media sosial dan membuatkan ramai netizen bengang dan kesal dengan kejadian ni.  Admin pun bengang juga, dah la samun lepas tu orang dah merayu still lagi dia belasah. Ish geram pulak!

Capture 20190216 110209
Sumber: Twitter

Ditumbuk berkali-kali

Bila tengok semula rakaman video ni, mangsa yang tengah galas beg dan memegang beg tangan tu masuk lif dan disusuli dengan seorang lelaki berbaju gelap. Belum sempat lagi pintu lif nak tertutup, suspek tu terus belasah mangsa sehingga mangsa jatuh sambil merentap beg tangan mangsa. Kalau tengok betul-betul suspek membelasah mangsa tanpa belas kasihan dan ditumbuk berkali-kali. Wujud lagi orang kejam macam ni!

Tekan balik butang tutup dan terus membelasah

Walaupun pintu lif dah terbuka masa tu, suspek dilihat menekan balik butang tutup pada lif tu dan terus membelasah lagi mangsa tersebut. Sebaik tiba je di aras bawah, suspek tu terus meluru keluar dan campak balik beg tangan mangsa tu. Suspek mengambil kad pengenalan, kad bank dan wang tunai RM400.

Menurut pihak polis, usaha mengesan suspek masih dilakukan dan kes ni akan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Moga-moga dapat la cekup penyamun ni! Kejam betul! So guys dekat luar sana tu hati-hati ok. Lagi-lagi kalau perempuan yang nak naik lif sorang-sorang, then tiba-tiba nampak lelaki mencurigakan tu better keluar dulu dari lif tu. Elakkan naik berdua, bukan nak buruk sangka cuma kena berhati-hati ok!

Baca:  Hati-Hati! Pak Arab ‘Kaki Kencing’ Aktif Di R&R, Cerita Kononnya Dia Disamun Sebelum ‘Paksa’ Mangsa Beri Duit.

Featured 32

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.