in

“Setakat ini kita tidak ada kod” – Hannah Yeoh Respon Isu Jalur Gemilang Terbalik Pada Baju Lee Zii Jia

Hannah Yeoh Jalur Gemilang Terbalik Baju Lee Zii Jia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial mengenai baju jersi yang dipakai pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ketika bertemu Chou Tien Chen dalam aksi Jelajah Dunia Akhir semalam.

Hal ini disebabkan, logo Jalur Gemilang pada jersinya berada dalam keadaan terbalik dan pemain nombor 8 dunia itu memakainya ketika set kedua perlawanan.


Artikel berkaitan: “Kami amat kesal” – Jalur Gemilang Terbalik Pada Baju Lee Zii Jia, Ini Penjelasan Victor Malaysia

Hannah Yeoh respon

Susulan isu itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan pihaknya akan merangka satu kod baharu berkaitan etika pemakaian atlet termasuklah membabitkan penggunaan Jalur Gemilang pada pakaian mereka.

Katanya, beliau akan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melihat apa yang boleh dilakukan termasuklah dalam menentukan sebarang tindakan untuk kesalahan berkenaan.

“Setakat ini kita tidak ada kod atau tatatertib yang kita boleh pakai berkenaan isu itu.

“Saya akan minta MSN lihat apa yang kita boleh lakukan untuk pastikan perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut menggesa supaya setiap atlet dan pengurus pasukan mereka untuk sentiasa peka berhubung perkara itu kerana isu-isu kesalahan membabitkan penggunaan Jalur Gemilang tidak seharusnya berlaku memandangkan ia adalah maruah negara.

“Saya nak minta semua atlet dan juga pengurus setiap pasukan itu termasuklah yang bergerak sendiri atau pasukan kebangsaan pastikan cek betul-betul jersi dan pastikan semua teratur sebelum mereka keluar ke gelanggang.

“Ini kerana bila mereka beraksi di atas gelanggang ia akan disiarkan kepada penonton dalam dan luar negara,” katanya.

Semalam juga, penaja jersi pemain berkenaan, Victor Malaysia mengeluarkan permohonan maaf dan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan kesilapan itu tidak berulang.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.