November ini, kumpulan muzik rock ternama antarabangsa dari United Kingdom, Coldplay bakal mengadakan konsert jelajahnya di Malaysia.
Ramai yang telah pun berjaya membeli tiketnya yang difahamkan habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.
Pelbagai respon yang diberikan oleh para netizen mengenai konsert jelajah Music Of The Spheres ini, peminat muzik ramai yang teruja dengan kehadiran mereka namun ada juga beberapa pihak yang tidak begitu setuju dengan kedatangan mereka.
Ada yang menganggap penganjuran konsert ini menyumbang kepada kerosakkan akidah buat umat Islam.
Namun, Chris Martin yang merupakan vokalis Coldplay ketika ditemu bual oleh sebuah stesen radio menjawab mereka teruja untuk membuat konsert sulung di Malaysia dan berharap semua orang enjoy konsert mereka.
Chris Martin sits down with the #HITZmorningcrew to chat about their upcoming show in Malaysia 🇲🇾 ❤️ | via https://t.co/BCT335QhF6 pic.twitter.com/7KTGu6QDNa
— Coldplaying (@coldplaying) May 18, 2023
“Kami bersyukur untuk berkunjung ke Kuala Lumpur, ianya sebuah tempat yang kami sudah ‘cicirkan’ buat masa yang sangat lama.
Setiap kali saya bertemu dengan orang Malaysia, saya dapat rasakan kasih sayang dan keramahan mereka. Kami saya semua orang, tidak kisah kaum, agama, pemimpin dan semua pengikut, tiada siapa terkecuali.
Sesiapa yang tidak suka kami datang, kami minta maaf tetapi kami sayang anda juga,” ucapnya ringkas.
Sebagai info, konsert jelajah dunia Music Of The Spheres ini merupakan aksi sulung Coldplay di Malaysia dan ianya bermula sejak bulan Mac lalu.
Baca: Pisang Berbuah 2 Kali, Harimau Malaya ‘Bertembung’ Dengan Coldplay di Stadium Nasional?