in

Seronok Main Di ‘Cat Tree’ Sampai Tersangkut Kepala, Ibu Akhirnya Terpaksa Panggil Bomba

Stuck4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak kecil yang sedang membesar ada saja ragam mereka yang melucukan. Mungkin kerana sifat ingin tahu mereka kuat ketika fasa ini.

Seperti yang dikongsi oleh metroUK baru-baru ini sebuah insiden melucukan yang dihadapi oleh seorang wanita apabila terpaksa memanggil bomba untuk mengeluarkan kepala anaknya yang tersangkut di tempat yang berada luar dek akal.


 

Wanita tahan ketawa panggil bomba, kepala anak tersangkut di ‘cat tree’

Ketika kejadian, Cynthia Olsen berada di garaj sebelum terdengar jeritan anak dari dalam rumahnya di bandar Waukesha, Wisconsin, AS. Kemudian dia pun bergegas masuk tengok-tengok si kakak menjerit kerana kepala adiknya yang berusia 4 tahun tersangkut dalam lubang cat tree.

Nak jadi kucing ke nak oi?

Stuck

Tanpa melengahkan masa, Cynthia cuba untuk mengeluarkan kepala anaknya tapi tak berjaya. Suaminya pula bekerja jauh yang memakan masa sejam untuk perjalanan sehala. Jadi dia hubungi pihak bomba untuk meminta bantuan.

Dia tak berganjak langsung. Suami pula tiada di rumah jadi saya hubungi 911 dan berusaha untuk tak ketawa. 

Mereka tanya “Apa situasi kecemasannya?” dalam keadaan teragak-agak saya jawab “emm kepala anak saya tersekat!”

Mereka tanya lagi “Tersekat di mana?” saya hampir tergelak besar selepas mengatakan “di cat tree”.

 

Bomba tiba 10 minit kemudian

Dikatakan bomba sampai setelah 10 minit selepas panggilan dibuat dan 3 orang bagi menjalankan misi.

Dua orang bomba bertindak menarik kanak-kanak itu secara perlahan dan berhati-hati manakala seorang lagi perlu mengalihkan perhatiannya bagi mengelakkan panik.

Stuck1

“Semua orang terhibur ketika itu, saya seakan tak percaya dengan apa yang terjadi. Syukurlah dia baik-baik saja.”

Tak mahu kenangan ini lupus, wanita berkenaan sempat mengambil gambar anak-anaknya bersama anggota bomba yang terlibat. Katanya, dia mahu tunjukkan gambar ini di hari jadi ke-18 anaknya itu nanti.

“Anggota bomba sangat sweet dengan Parker. Setelah selesai, mereka berikan pelekat dan mengambil gambar bersama-sama di hadapan trak bomba.”

Stuck2

 

Baca : “Dia ingat orang tak nampak” – Lucu! Anak Gajah Cuba Menyorok Belakang Tiang Elektrik Lepas Kantoi Curi Makan Tebu

Stuck5

Sumber: metroUK
Sumber: metroUK
Sumber: kansascity

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.