Korang tahu tak, kebanyakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kita makan sekarang ni memang tak sama rupa dan rasanya macam masa mula-mula wujud beribu-ribu tahun dulu.
Sejak manusia mula menanam tumbuhan sebagai makanan, mereka telah membuat eksperimen yang dipanggil sebagai pengubahsuaian genetik untuk memberikan tanaman mereka sifat-sifat tertentu sama ada untuk mendapatkan sesuatu bentuk atau rasa yang diingini atau untuk menghalang tanaman dari diserang serangga.
Jadi, kalau korang nak tahu rupa sebenar buah-buahan dan sayuran sebelum mengalami proses pengubahsuaian genetik ni, jom tengok dekat bawah ni!
Artikel berkaitan: Kedai Buah-Buahan Premium Dari Jepun, Sun Fresh Kini Dibuka Di TRX Kuala Lumpur
Artikel berkaitan: Ini Sejarah Kenapa Buah Tembikai Jadi Simbol Solidariti Palestin
1. Tembikai
Tembikai liar
Lukisan dari abad ke-17 oleh Giovanni Stanchi ini menunjukkan rupa tembikai pada zaman dahulu. Bila korang tengok gambar dekat atas ni, korang memang boleh nampak perbezaannya berbanding tembikai yang kita kenal sekarang.
Tembikai liar yang dilukis ini menampakkan isi tembikai yang sikit dan mempunyai enam bahagian yang berbentuk seperti pai.
Tembikai moden
Sekarang, manusia telah pun membuat pembiakan tembikai sehingga ia mempunyai isi berwarna mereah yang kita tengok sekarang ni. Kalau korang nak tahu, ada yang berpendapat lukisan tersebut mungkin menunjukkan tembikai yang mentah atau tak ditanam dengan betul, namun begitu, biji tembikai yang berwarna hitam menunjukkan bahawa tembikai tersebut memang dah cukup ranum.
2. Pisang
Pisang liar
Pisang pertama yang pernah diusahakan adalah di Papua New Guinea mungkin sejak 10,000 tahun yang lalu. Pisang juga merupakan buah yang banyak ditemui di negara-negara Asia Tenggara. Pisang moden sekarang adalah campuran dari dua variasi iaitu Musa acuminata dan Musa balbisiana yang mempunyai biji yang besar dan keras seperti dalam gambar ni.
Pisang moden
Hibrid yang dibuat oleh petani-petani telah menghasilkan banana moden berwarna kuning seperti yang kita tahu sekarang. Berbanding dengan pisang liar, pisang moden juga mempunyai kulit yang mudah dikupas dan bentuk yang senang untuk dipegang selain mempunyai rasa yang lebih sedap dan banyak nutrisi.
3. Terung
Terung liar
Sepanjang sejarah, terung telah muncul dalam pelbagai bentuk dan warna seperti putih, ungu dan kuning. Antara terung terawal telah diusahakan di China dan antara versi terung terawal mempunyai duri di bahagian batangnya yang bersambung ke bunga.
Terung moden
Beberapa pembiakan terung yang dibuat sekarang telah pun membuang duri dari batang terung dan sekaligus menghasilkan terung yang berwarna ungu dan mempunyai saiz yang lebih besar dan lonjong seperti yang kita lihat hari ini.
4. Lobak Merah
Lobak merah liar
Lobak Merah paling awal ditemui telah ditanam pada abad ke-10 di Persia dan Asia Minor. Lobak Merah pada ketika itu mempunyai bentuk yang nipis dan akar yang bercabang seperti yang boleh dilihat pada lobak merah liar pada zaman sekarang.
Lobak merah moden
Petani kemudiannya telah membiakkan lobak berbentuk kurus dan mempunyai rasa yang kuat ini kepada lobak merah yang lebih besar dan sedap. Jangan tanya kenapa lobak merah warna orange please.
5. Pic
Pic liar
Buah pic dulu berbentuk kecil seperti ceri dan mempunyai isi yang sikit. Ia pertama kali ditanam pada tahun 4,000 sebelum masihi oleh orang Cina purba dan rasanya sedikit masin seperti lentil.
Pic moden
Tapi selepas beribu-ribu tahun petani membuat pengubahsuaian genetik, buah pic sekarang mempunyai saiz 64 kali lebih besar, 27% lebih berair dan 4% lebih manis. Zaman sekarang, donut peach pulak yang viral.
Sumber: Business Insider, Treehugger