Seorang lelaki warga Indonesia dijumpai mati selepas ditikam dengan tombak sawit sebelum mayatnya dibuang ke longkang dalam kawasan ladang kelapa sawit di Lawas, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Lawas, Roslan Leman berkata mangsa dikenali sebagai Imran berusia 40-an ditemui oleh orang awam pada jam 9.30 pagi kelmarin dalam keadaan mayatnya dibalut dengan kanvas, lapor FMT.
Siasatan lanjut pihak polis mendapati suspek merupakan rakan senegara dan mengaku bergaduh dengan mangsa pada Isnin lalu kerana berang dengannya yang dikatakan selalu mengganggu, malah pada kali terakhir ada mengajak isterinya melakukan hubungan seks.
Siasatan lanjut berjaya mengesan dan menangkap suspek yang juga rakan senegara mangsa berusia 32 tahun di kuarters Ladang Trusan, Kumpulan Kris Jati, Jalan Sundar di sini, 12.10 tengah hari, hari yang sama mayat ditemui.”
Suspek mengaku bertindak seorang diri dengan bersenjatakan tombak sawit untuk menikam mangsa sehingga mati, kemudian membalut mayat menggunakan kanvas, memikul mayat seorang diri dan membuangnya ke lokasi penemuan mayat.”
Suspek dan mangsa juga pendatang asing tanpa izin (PATI), di mana suspek datang ke Malaysia kira-kira enam bulan lalu melalui jalan tikus Sindumin, Sabah-Lawas membawa bersama dua anaknya berusia 2 dan 6 tahun serta isteri.”
Lokasi sebenar pergaduhan kini sedang dikenal pasti dan pemeriksaan pada mayat mangsa mendedahkan terdapat kesan tetakan di bahagian dahi, telinga, leher, belakang badan, lutut kiri dan pergelangan tangan putus.
Suspek dilaporkan sudah tidak bekerja selepas diberhentikan daripada Ladang Sawit di Jalan Trusan dan sedang mencari pekerjaan baru. Dia kini direman bagi membantu siasatan di awah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.