Pengguna pengangkutan awam di kawasan sekitar KL Sentral pasti sudah tidak asing lagi dengan Abang Meor kan?
Difahamkan, Abang Meor ini sering busking di kawasan itu sehingga ramai yang mengenalinya. Namun, kini tiada lagi hiburan daripadanya kerana Abang Meor dikatakan sudah pergi selamanya.
Melalui satu perkongsian daripada laman Twitter, berita pemergian Abang Meor yang tersebar telah membuat ramai terkesan.
https://twitter.com/saifulusop_/status/1474588802651865090?s=21
Berita pemergian Abang Meor atau nama sebenarnya Meor Yusof Aziddin Meor Hassan ini dikatakan telah dikongsikan oleh anak sulungnya, Kamelia melalui laman Facebook.
“Bismillahirrahmanirahim, assalamualaikum semua, saya Kamelia. Ayah saya Meor Yusof Aziddin telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.42 PM, tarikh 24/12/2021. Mohon semua seddekahkan al-fatihah kepada ayah saya. Terima kasih semua,” tulis Kamelia di posting Facebooknya.
Allahyarham yang juga merupakan adik kepada penyanyi Sohaimi Meor Hassan ini difahamkan telah ditidurkan selama lebih 14 hari setelah disahkan positif Covid-19. Jenazahnya telah pun dibawa ke Masjid Alkhairiah Au3 sekitar jam 9.30 pagi pada Sabtu lalu dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang pada jam 12 tengah hari.
Di laman Twitter dan Facebook, ramai yang turut berduka atas pemergian Abang Meor ini serta mendoakan agar rohnya dirahmati Allah.
Sebagai rekod, Allahyarham pernah menerbitkan 10 buah album sepanjang penglibatannya dalam bidang muzik. Antaranya ialah Pesta Jiwa, Itu Padang Aku Di Situ, Dari Rakyat Untuk Rakyat, Sakrat, Redup serta beberapa lagi.
Lepasni mesti sunyi KL Sentral kan? Tak ada lagi hiburan nyanyian dari Abang Meor. Kalau ada buskers lain pun mesti tak sama dengan Abang Meor…
Baca: Sedih! Ebby Yus Kongsi Pengalaman Rumah Dibina 4 Tahun Lesap Akibat Banjir