in

Serbuan Sauna ‘Songsang’ Di Penang: Pemilik Hidap HIV, Mengaku Salah Sebar Jangkitan

pemilik sauna songsang hiv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemilik pusat sauna yang ditahan dalam serbuan berkaitan aktiviti songsang mengaku salah atas dua pertuduhan iaitu mendedahkan penyakit HIV kepada individu lain dan memiliki kandungan bahan lucah dalam telefon bimbit.

Tertuduh, Khor Yik Keian, 57, membuat pengakuan tersebut selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini.


Untuk pertuduhan pertama, Yik Keian yang menghidap HIV didakwa mendedahkan penyakit berjangkit itu kepada orang lain melalui perbuatannya mengikut Seksyen 12(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah yang disimpan dalam telefon bimbit.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Perai Jaya dalam daerah Seberang Perai Tengah, pada 29 November lalu dan dia didenda sebanyak RM8,000.

Artikel berkaitan: Spa Songsang: 171 Lelaki Dibebaskan, Menteri Agama Jelaskan Sebab Sukar Kenakan Pertuduhan

Artikel berkaitan: KPM Gantung Tugas Beberapa Pegawai Yang Terlibat Dalam Aktiviti Songsang Dalam Spa

NOOOOO WATERMARK 2025 11 30T1812

Sementara itu, enam tertuduh lain termasuk seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang turut ditahan menerusi serbuan di sauna berkenaan didakwa masing-masing atas pertuduhan memiliki bahan lucah dan melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Mereka adalah Syed Al Aisy Syed Alfarly, 19; Teoh Wan Seong, 37 dan Ahmad Safwan Razali, 33, didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan kelucahan melampau mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Namun, ketiga-tiganya tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan dibenarkan diikat jamin masing-masing RM7,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, tiga tertuduh tadi bersama tiga yang lain iaitu Luo Yun, 41, A A Mathiyalagan, 31 dan Mohd Redduwan Zairukaperi, 48, turut didakwa atas pertuduhan memiliki bahan lucah yang disimpan dalam telefon bimbit mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan seramai 13 individu termasuk warga emas ditahan dalam serbuan polis ke atas sebuah pusat sauna berkenaan, yang kemudian membongkarkan kegiatan hubungan songsang dalam premis itu.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.