Sejak dari semalam lagi, kita semua sudah sedia maklum akan situasi tegang yang berlaku di antara Russia dan Ukraine yang mana kedua-dua negara tersebut kini dalam peperangan.
Menurut CNA, tentera Russia kini dilaporkan bergerak dengan lebih jauh ke dalam Ukraine ketika keganasan makin memuncak semalam dan telah meragut setakat ini 137 nyawa pada hari pertama.
Rakyat terpaksa berlindung di kereta api bawah tanah
Sepanjang hari, puluhan peluru berpandu Russia katanya telah meledak di beberapa bandar Ukraine dan memaksa orang ramai untuk menyelamatkan diri di stesen kereta api bawah tanah.
Ada juga sebahagian daripada penduduk menurut laporan telah kehilangan tempat tinggal akibat daripada serangan udara tersebut.
Train station in Odessa, #Ukraine right now. Along with people hiding in the underground and bomb shelters in Kyiv, these scenes bring Europe back to WW2. pic.twitter.com/JzUx7eGKKQ
— Belarus Free Theatre (@BFreeTheatre) February 24, 2022
Menurut satu tweet yang dikongsikan netizen, seorang kanak-kanak yang berlindung di stesen kereta api bawah tanah Kyiv berkata,
Kami mahu hidup di bawah langit yang damai daripada menyorok bagaikan tikus di dalam lubang tanpa mengetahui apa yang berlaku selepas ini.”
https://twitter.com/TechAndStars/status/1496976571231784961
Tentera Russia rampas Chernobyl
Tentera Russia juga kini katanya telah berjaya merampas lapangan terbang strategik utama berhampiran Kyiv serta lokasi bencana nuklear Chernobyl, yang masih tercemar dengan bahan radioaktif.
Beberapa saksi juga katanya melaporkan pasukan tentera Russia menggunakan payung terjun, merampas kawalan lapangan terbang Gostomel selepas masuk menggunakan helikopter dan jet yang datang dari arah Belarus.
After the heavy fights in the Chernobyl zone, Russian troops had seized control over Chernobyl nuclear power plant. The personnel is taken hostage. pic.twitter.com/WpXWUDZ8Uh
— Franak Viačorka (@franakviacorka) February 24, 2022
“Helikopter masuk dan pertempuran bermula. Mereka melepaskan tembakan menggunakan mesingan, pelancar grenad,” kata seorang penduduk, Sergiy Storozhuk.
Apa-apapun kita doakanlah semoga peperangan ini tidak berpanjangan dan mencetuskan sesuatu yang tidak diinginkan seperti WW3.
Baca: “Dah WW3 ke??” – Putin Arah Rusia Serang Ukraine, Bom Kedengaran Meletus di Ibu Negara