Siapa dekat sini suka makan spageti carbonara? Masakan dari Itali yang dimasak menggunakan minyak zaitun dengan rasa berlemak dari sos carbonara dan cheese. Seorang Instagram chef baru-baru ini buat netizen terkejut lepas dia cipta satu resipi spageti.
Melalui akaunnya, @ashhryyyyy yang juga adik kepada pemilik kosmetik Anasism, Anas Zahrin sering berkongsi video-video masakannya. Mesra dipanggil Ash, pemilik nama Mohd Asri Atan ini mempunyai hobi memasak dan memang selalu upload video bermacam jenis resipi tak kira masakan Melayu atau Barat.
Carbonara Teh Tarik?
Baru-baru ini, Ash ada kongsikan resipi lain daripada lain iaitu Spaghetti Carbonara Teh Tarik yang dimasak olehnya menggunakan bancuhan teh tarik 3in1. Dalam video tu, dia tunjukkan cara memasak menu tu step by step. Macam biasa, mulakan dengan tumis bawang putih serta bawang holland menggunakan minyak zaitun.
Lepas tu, Ash masukkan pepperoni, capsicum, cendawan dan udang diikuti dengan sos carbonara. Then, teh tarik 3in1 yang dah dibancuh awal-awal dimasukkan ke dalam kuali bersama bahan yang lain tu.
https://www.instagram.com/p/CDtHJsNhnz2/
“Tak pelik ke rasanya?”
Ramai netizen dan pengikutnya di Instagram terkejut dengan resipi ciptaan Ash tu di mana masing-masing sempat tinggalkan komen. Of course, ramai berasa pelik dan tertanya-tanya adakah spageti itu rasa muak serta ada juga yang kata mereka takut nak try resipi tu. Seorang netizen berkata,
Uish macam pelik je letak teh tarik. Seram nak try.”
Korang try lah recipe ni, mana tau sedap!
Baca: Wanita Ini Cuba Masak Resepi Kari Pavithra, Dan Berjaya Jumpa Rahsia Hasilkan Kari Yang Lebih Sedap