Semakin hari semakin banyak kerja-kerja pembinaan berlaku di sekeliling kita. Dari pembinaan LRT sampailah bina bangunan tinggi. Semua tu secara tak langsung menambahkan lagi kesesakan lalu lintas dan tak kurang juga membuatkan keselamatan orang sekeliling terancam.
Satu kejadian yang melibatkan tapak pembinaan dan orang awam berlaku baru-baru ini di Sentul. Sebuah kren runtuh dan menyebabkan 4 orang cedera termasuk bayi. Ikuti tweet oleh @AfiezyAzaman kat bawah ni untuk cerita lebih lanjut.
Seram weh
Sekarang musim hujan, angin kuat dan tanah lembab. Kalau diikutkan gambar kren tadi tu, nampaknya kren yang boleh gerak-gerak tu. Memang bahaya kalau tapak tak stabil dan gerak-gerak macam tu.
Betul, salah operator kren tu. Main jalan je pastu tenggelam dan tak stabil. Dah tak stabil tu runtuh lah. Tak pasal-pasal orang tak bersalah kena timpa kren. Admin tak reti sangat bab-bab teknikal construction ni, tapi betul gak bro-bro ni cakap. Bahaya weh
Semua orang ada rasa paranoia macam ni. Lagi-lagi bila nampak kren tu bergerak kan. Ish risau je jadi apa-apa.
Allahu, nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau dah jatuh tu nak buat macam mana. Tapi kalau benda boleh elak tu kita elak lah. Jangan buat alasan takdir lah apa lah. Apa-apa pun stay safe ye semua!
Baca: Pemandu Maut Dihempap Serpihan Kren Jatuh, Syarikat Hanya Didenda RM40,000