in

Seram! Suara Misteri Muncul Dalam Video Awek Ini

Suara1 Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Seram! Suara Misteri Muncul Dalam Video Awek Ini
Loading
/

Apa perasaan korang kalau gambar atau video yang korang ambil tu ada penampakan sosok tubuh atau suara misteri?

Lagi best, entiti atau suara yang korang rakam tu tak ada di tempat kejadian masa rakaman dibuat.


Suara misteri pukul 2 pagi

Pada awalnya, pemilik video ini cuma ingin berkongsi hasil mekap dilakukan di platform media sosial tapi lain pula yang berlaku.

Katanya, ada suara misteri berbisik yang berjaya dirakam dalam video.

Suara 1
sumber: twitter

Adoi, ko pun satu dik. Kenapa pi rekod benda macam ni pukul 2 pagi?

Katanya, kejadian ni berlaku di Kolej Awang Had Saleh di Universiti Perguruan Sultan Idris Kampus Sultan Azlan Shah.

Suara mistik suara lelaki

Bila diselidik, gadis ini kata tiada lelaki berdekatannya sebab video ini dirakam dalam bilik semasa di kolej.

Tapi yang pelik tu kawan-kawan sebilik tak dengar pula. Cuba korang dengar video ni, agak-agak apa betul ke tak suara tu suara lelaki?

Tak berapa jelas tapi admin macam dengar dia sebut “Oh my God..”

Selepas bunyi dijelaskan..

But hey, sekarang ni zaman canggih. Hampir kebanyakan orang ada software editing yang boleh adjust volume bunyi kat laptop atau komputer masing-masing.

Jadi adalah hamba Allah ni tolong enhance kan bunyi ni untuk gadis ni.

Suara 6
sumber: twitter
Suara 7
sumber: twitter
Suara 8
sumber: twitter
Suara 89Jpg
sumber: twitter

Eh, rajin pulak korang nak enhance apa bagai pulak kan. Tapi memang betullah audio tu bisikan suara sebenarnya?

“Better record sianglah..”

Walaupun sebenarnya gadis ni nak kongsikan rakaman audio tapi biasalah orang akan mengecam perkara lain pula.

Tapi bagi mereka yang betul-betul cuba mendengar rakaman suara ni, ada juga bagi nasihat kepada uploader video.

Suara 2
sumber: twitter
Suara 3
sumber: twitter
Suara 4
sumber: twitter

So, pengajarannya kat sini ialah jangan memandai-mandai nak buat rakaman video atau ambil gambar selepas tengah malam.

Sebab benda-benda mistik ni aktif terutamanya waktu selepas Maghrib. Jadi waktu tengah malam tu diibaratkan masa tengah hari mereka.

Baca: “Dengar suara perempuan menangis di Pantai Lido” – Misteri Menara Pintu Air Johor Yang Ramai Tak Tahu

Suara Pantai Lido

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.