Umrah ialah menziarahi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa’i dan bertahallul mengikut tertib.
Menurut sumber, umrah juga dikenali sebagai ‘Haji Kecil’. Pun begitu, ada masanya kita tidak boleh menunaikan umrah iaitu masa menunaikan haji, hukum mengerjakan umrah ialah wajib sekali seumur hidup apabila telah memenuhi syarat-syaratnya.
Baru-baru ini, DJ Khaled yang merupakan komposer serta penyanyi terkenal Hollywood bersama lagenda sukan tinju Mike Tyson kini sedang berada di tanah suci Mekah untuk melakukan ibadah umrah.
Dalam instagram miliknya, DJ Khaled berkongsi sebuah video yang memaparkan pengalamannya menunaikan ibadah tersebut.
https://www.instagram.com/p/Cl9iUiLNWw1/
“Saat saya berjalan di Mekah, air mata saya bercucuran, air mata kegembiraan. Sepanjang hidup saya, saya ingin pergi ke Mekkah untuk menyatakan rasa syukur kepada Allah.
Saya berdoa agar dunia dipenuhi dengan lebih banyak rasa cinta, kehidupan, kedamaian, kegembiraan, kebahagiaan, kesihatan dan perlindungan untuk kita semua.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Video pendek itu merakamkan situasinya yang sedang mengerjakan tawaf dan DJ Khaled dilihat tidak dapat menahan sebaknya ketika berada di tanah suci itu.
Dalam posting yang sama, pelantun lagu Staying Alive itu turut mendoakan Mike Tyson agar sentiasa diberkati oleh Allah, peninju lagenda itu turut mengerjakan umrah bersamanya dan turut disertai bapanya, Jimmy Kirkpatrick.
Baca: “Semoga Allah beri hidayah” – Lengkap Berihram, Shah Rukh Khan Tunai Umrah Buat Kali Pertama