Seorang mafia Itali yang melarikan selama 20 tahun telah berjaya ditangkap polis Sepanyol baru-baru ini. Kejayaan polis Sepanyol menangkap Gioacchino Gammino itu berpunca selepas seorang detektif melihat kelibatnya di Google Maps.
Gioacchino Gammino merupakan antara perusuh paling dikehendaki di Itali yang telah disabitkan dengan pembunuhan tetapi berjaya melarikan diri dari penjara Rom pada tahun 2002. Menurut laporan Express UK, Gammino dipercayai tinggal di Galapagar, sebuah bandar di utara Madrid, Sepanyol selepas melarikan diri dari penjara.
Lelaki berusia 60 tahun itu juga bertindak menukar namanya dan bekerja sebagai tukang masak sebelum membuka kedai buah-buahan dan sayur-sayuran. Gammino ditangkap pada 17 Disember 2021 dan berasa bingung bagaimana polis berjaya mengesannya.
Selepas ditangkap Gammino kemudiannya bertanya bagaimana polis berjaya menemuinya kerana anggota mafia tersebut tidak pernah menelefon keluarganya sejak 10 tahun lalu. Gammino akan menjalani baki hukuman di negara asalnya.
Baca: “Samseng pun ada hati” – Ustaz Ebit Lew Kongsi Pengalaman Ziarah Kawasan ‘Bahaya’ Di Brazil