Seorang guru lelaki sedang disiasat oleh pihak polis selepas ada dakwaan bahawa cikgu terbabit yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Dengkil, Sepang telah menjalinkan hubungan dengan seorang muridnya iaitu pelajar tahun enam.
Memetik laporan Malaysia Gazette, bapa kepada murid tahun enam tersebut telah membuat laporan polis beberapa hari lalu selepas bapa murid tersebut melihat anaknya itu sering dihubungi oleh guru tersebut melalui aplikasi media sosial WhatsApp, TikTok dan Love8.
Difahamkan, perbualan guru tersebut dengan murid yang berusia 12 tahun itu dikatakan mencurigakan dan ia bukanlah perbualan yang normal antara kanak-kanak dan orang dewasa atau seorang guru dengan anak muridnya.

Artikel berkaitan: Lelaki Kantoi Guna IC Palsu & Kerja Sebagai Guru Di Sabah Sejak 29 Tahun Lalu
Artikel berkaitan: “Penat mak buat” – Murid Segan Bawa Keluar Makanan Jamuan, Ramai Terharu Tindakan Guru Ini
Guru tersebut merupakan seorang lelaki berusia 30-an.
Menurut Asisten Komisioner Norhizam Bahaman iaitu Ketua Polis Daerah Sepang, pihak mereka sedang menyiasat tentang kes ini di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pihak polis bagaimanapun meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi tentang kes ini kerana ia masih lagi dalam siasatan.
Sumber: Malaysia Gazette