Sebuah bas yang membawa 30 orang murid tadika PASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam cawangan Ampang dilaporkan telah terbabas sehingga melanggar pokok ketika dalam perjalanan ke G2G Animal Garden MAEPS Serdang pada semalam.
Menurut Berita Harian, bas tersebut sebelum kejadian berada di laluan yang lurus di jalan raya namun ia kemudiannya tiba-tiba terbabas ke kiri dan melanggar pokok.
Kejadian berkenaan berlaku di Jalan Persiaran Universiti 1 Universiti Putra Malaysia (UPM) dan bas bergerak dari arah sebuah kilang coklat berhampiran.
Akibat kejadian itu, tiga orang murid dan seorang guru dilaporkan mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala.
Artikel berkaitan: Beberapa Mangsa Nahas Bas Persiaran Di Gerik Alami Cacat Kekal
Artikel berkaitan: “Brek, tayar semua OK” – Laporan Awal Puspakom Nafikan Masalah Mekanikal Jadi Punca Nahas Bas UPSI
Keempat-empat mangsa terus dibawa ke Hospital Serdang untuk diberikan rawatan. Difahamkan, kesemua mereka telah dibenarkan keluar dari hospital.
Murid-murid lain dan guru-guru pengiring lain yang turut menaiki bas tersebut ketika kejadian pula dilaporkan selamat.
Sumber: Berita Harian