in

“Seolah-olah satu keajaiban” – Mangsa Dirempuh Kayu Balak Sedarkan Diri, Minta Nak Makan Nasi Air

kes kayu balak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita yang parah akibat dirempuh kayu balak yang jatuh dari lori dekat lampu isyarat di Gua Musang baru-baru ini dilaporkan sudah sedarkan diri dan mula meminta makanan serta bertanyakan khabar kepada ahli keluarganya.

Menurut kakak mangsa, Roslinda Jusoh, 40, mereka sekeluarga sangat bersyukur dengan perkembangan terkini adiknya, Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, selepas enam hari tidak sedarkan diri.


balak3

Alhamdulillah sebaik sahaja sedar semalam, dia terus bertanyakan khabar kami adik beradik dan meminta untuk makan nasi air.

“Siti Norelyana juga meminta kami supaya tidak meninggalkannya sendirian di hospital. Melihatkan keadaannya hari ini yang mampu bercakap seolah-olah ia satu keajaiban buat kami sekeluarga,” kata Roslinda.

Artikel berkaitan: Kayu Balak Jatuh Dari Lori, Timpa Wanita 21 Tahun Di Gua Musang

Artikel berkaitan: Kemalangan Lori Balak: Polis Sahkan Pemandu Lori Tiada Lesen Memandu

Difahamkan sehingga kini doktor yang merawat adiknya memaklumkan tiada pembedahan akan dilakukan dalam masa yang terdekat.

Kata kakak mangsa lagi, keadaan adiknya kini semakin baik dan doktor juga memberitahu segala rawatan lanjut bergantung kepada keadaan.

Pihak hospital juga meminta kami sekeluarga supaya tidak bertanyakan kepada adik mengenai kejadian rempuhan balak pada hari kejadian, memandangkan dia baru sedar.

“Malah, kami juga tidak memaklumkan keadaan kesihatannya yang patah tulang punggung dan tulang rusuk. Apa yang kami tekankan adalah supaya adik kuat dan tidak terlalu berfikir,” katanya lagi.

balak

Terdahulu, pada Selasa minggu lepas, Siti Norelyana dilaporkan cedera parah selepas dirempuh kayu balak yang jatuh dari lori dekat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal tercampak di bawah sebuah kenderaan lain akibat dirempuh salah satu balak yang jatuh.

Syukurlah sudah beransur pulih. Semoga cepat sembuh ya. 

Sumber: Berita Harian

Sumber: HM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.