Macam yang kita tahu, pada setiap tahun banyak perayaan yang akan disambut oleh semua rakyat Malaysia. Bulan ini sahaja, perayaan Tahun Baru Cina akan berlangsung dan kalau korang perasan banyak dekorasi perhiasan yang telah mula di pasang khususnya di mall.
Namun begitu, siapa yang nak sambut perayaan dalam keadaan yang sedih dan hiba? Mesti setiap perayaan yang di sambut tu perlu di iringi dengan perasaan gembira dan meriah.
Tapi, baru-baru ni kecoh di laman Twitter mengenai kawasan persekolahan yang dikatakan dihiasi dengan dekorasi sempena sambutan Tahun Baru Cina namun tidak disukai oleh ibu bapa pelajar.
Aduan Ibubapa SMK Pusat Bandar Puchong 1 berkaitan perhiasan perayaan CNY yang menyakitkan mata dan bertentangan dengan Perlembagaan pic.twitter.com/qX6oOaUEZw
— BuzzeAzam (@suakeris) January 6, 2020
Ibu bapa dikatakan telah membuat aduan mengenai isu ini melalui Biro Aduan Awam & Undang-Undang Putra dengan menghantar surat kepada pengetua sekolah tersebut.
Dalam surat itu, mereka menyatakan bahawa perhiasan tersebut agak keterlaluan sehingga menyebabkan rasa tidak senang kepada mereka.
Ada juga ibu bapa yang berkata, kawasan sekolah tersebut sudah kelihatan seperti gedung perniagaan milik cina dan mempunyai unsur keagamaan.
Mereka juga memberikan masa selama 3 hari kepada pihak sekolah untuk menurunkan semula perhiasan tersebut.
Katanya, pihak sekolah sudah mengambil tindakan selepas menerima surat aduan itu.
Ada juga pelajar dari sekolah tersebut yang mengatakan bahawa dia melihat guru-guru sedih semasa menurunkan perhiasan itu.
Walau apa pun, kita sebagai rakyat Malaysia perlu hormat menghormati antara satu sama lain dan perlu faham bahawa terdapat beberapa kaum dan perayaan yang akan mereka sambut pada setiap tahun dalam negara ini.