Ayam terlepas, tangan bau tahi — peribahasa ni mungkin boleh kita samakan dengan apa yang berlaku terhadap seorang pemandu lori, yang ditahan reman selepas menuduh polis meminta wang ketika melakukan pemeriksaan ke atasnya baru-baru ini.
Kalau ada yang tak follow kes ni, boleh tengok rakaman video dibuat isteri kepada pemandu lori tersebut — yang dikongsikan oleh @999Malaysia.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Jalan Lahat, Ipoh.
Dalam satu pemeriksaan kelmarin, polis telah menahan sebuah lori kerana didapati membawa muatan rangka kereta dalam keadaan mencurigakan.
Masalah mula timbul bila polis minta untuk memeriksa kad pengenalan dan lesen memandu pemandu lori berkenaan — tapi suspek enggan berkerjasama dan memberi alasan kedua-dua dokumen penting tu tercicir di kedai barang lusuh.
Dan bermulalah drama sebabak yang tidak sepatutnya selepas itu.
Hmm, dah la tak nak beri kerjasama — itu satu. Kedua, buat kecoh dan siap rakam — itu dah boleh consider cuba nak halang penjawat awam jalankan tugas. Dan ketiga, buat fitnah.
Yang peliknya, di penghujung rakaman tu tiba-tiba pemandu tersebut hulurkan kad pengenalan dia. Kalau ikut laporan Sinar Harian, lepas je dia bagi kad pengenalan — suspek terus naik lori dan cabut tinggalkan lokasi kejadian.
Apapun, nasi dah jadi bubur dan suspek kini direman tiga hari untuk bantu siasatan.