in

“Senario The Legend” – Lan Pet Pet Bagi ‘Hint’, Senario Akan Buat ‘Comeback’?

Senario 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Senario pasti tidak asing bagi rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang minat dengan genre komedi dan santai. Selain popular dengan sitkom, filem, lagu dan sebagainya, Senario pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu sehingga peminat-peminatnya masih teringat-ingat kumpulan legend itu.

Terkini, satu khabar gembira disampaikan oleh salah seorang ahli Senario, Lan Pet Pet yang memberi bayangan kumpulan tersebut akan buat comeback tidak lama lagi. Pastinya para peminat Senario ternanti-nanti kumpulan legend ini nak buat apa, kan?


Senario 2

Senario nak buat comeback tahun depan?

Menurut mStar ketika menemu ramah salah seorang ahli kumpulan Senario, Lan Pet Pet atau nama penuhnya Mazlan Ahmad memberitahu kepada umum bahawa dia dan rakan Senario yang lain akan kembali aktif pada tahun 2024 atas pemintaan tinggi daripada peminat.

Sebenarnya pengarah Ahmad Idham cabar saya dan saya sahut cabaran itu untuk kembali bersama Senario untuk projek filem terbaru Senario Legend tak lama lagi untuk tahun 2024.

Kepada rakan-rakan Senario bersiap sedia tenaga, minda, jiwa dan hati untuk kita letupkan projek yang terbaharu ini dalam filem Senario The Legend.

Artikel berkaitan: “Siap menari!” – Netizen Terpegun Tengok Yasin Senario Buat Persembahan Lagu ‘Cari Tapak’ Dengan Band Indie

Artikel berkaitan: “Masih berbisa” – Netizen Terhibur Tengok Wahid Senario ‘Belanja’ Skill Tebar Roti Canai

Peminat nak ahli Senario bersatu

Lan juga berkata projek yang bakal ditayangkan tahun hadapan merupakan salah satu permintaan daripada para peminat.

Ini juga salah satu permintaan yang tinggi daripada peminat untuk lihat kami bersatu, jadi tak mahu hampakan peminat sebab mereka sokong kami bila buat live di TikTok.

Lan Pet Pet yang kini aktif menjual pelbagai produk, mengatakan dia juga selalu membuat live di platform TikTok bersama ahli Senario yang lain. Oleh sebab itu, ramai peminat yang rindu melihat kumpulan Senario kembali bersatu.

Weh… min rindu Senario.. dulu tengok ulang-ulang pun tak bosan!

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.