in

“Senang kerja kau?” – Dua Lelaki Kantoi Curi Sawit Guna Kereta Myvi

Sawit 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular satu video di media sosial menunjukkan dua orang pemuda bertindak mencuri buah kelapa sawit sebelum cubaan mereka gagal kerana dihalang oleh seorang lelaki. Menurut Kosmo!, kejadian tersebut berlaku di sebuh kebun di Linau, Batu Pahat, Johor.

Curi selonggok sawit guna Myvi

Dalam video yang berdurasi 26 saat itu, dua pemuda berusia lingkungan 20-an tersebut dilihat  menggunakan sebuah kereta Myvi berwarna hitam untuk mencuri buah kelapa sawit yang dicuri.


Mungkin disebabkan suasana ladang kelapa sawit yang agak sunyi, mereka berdua sempat mencuri selonggok buah kelapa sawit sebelum perbuatan mereka akhirnya terbongkar.

Artikel berkaitan:“Lelaki kan tak ada perasaan..” – Wanita Kantoi ‘Reply’ Chat ‘Sayang’ Padahal BF Ada Depan Mata 

Artikel berkaitan: “Yang pregnant minta berjaga-jaga” -Pakcik Kantoi Ambil Gambar Wanita Mengandung Dalam Mall

Dah kantoi, minta maaf banyak kali

Dapat dilihat dalam video, dua pemuda itu dilihat cemas dan salah seorang daripada mereka mengeluarkan semula buah kelapa sawit daripada kereta. Seorang lagi pemuda memohon maaf berkali-kali apabila lelaki yang merakam video itu mengugut mereka untuk melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak polis.

Banyaknya kamu ambil buah kelapa sawit, jangan lah buat macam itu atau mahu saya lapor kepada polis.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika berkata, pihak polis masih belum menerima sebarang laporan daripada individu lain berkaitan kes yang tular itu. Walau bagaimanapun, pihak polis masih sedang berusaha untuk mengesan kedua-dua suspek tersebut.

Menjengah di ruangan balas di X, rata-rata netizen marah dengan tindakan dua lelaki itu yang dikatakan sihat tubuh badan tetapi masih mahu mencuri hasil tanaman orang lain.

Sawit 1 Sawit 2

Sumber: Kosmo!, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.