in

“Senang hati nak balik mengajar”- Kerajaan Sarawak Tanggung Kos Kuarantin Guru Yang Kembali Dari Semenanjung & Sabah

collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua tahu, 20 Januari ini sesi persekolahan akan bermula, jadi bagi guru-guru dan keluarga dari Semenanjung yang mahu masuk ke Sarawak, mereka perlu menjalani kuarantin.

Baru-baru ini, Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Sarawak telah mengeluarkan garis panduan bagi guru yang mahu masuk ke Sarawak untuk kembali mengajar, mereka perlu membuat kuarantin selama 10 hari di Pusat Kuarantin yang telah ditetapkan.


klia covid screening 28092020

Ujian saringan akan diambil pada hari ke-2 dan ke-8 kuarantin dan sekiranya keputusan pada hari ke-8 negatif, mereka akan dibenarkan pulang pada hari ke-10 dan sambung kuarantin di rumah sehingga cukup 14 hari.

Manakala bagi guru yang bakal melaporkan diri di kawasan pedalaman pula, mereka wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin yang ditetapkan.

ErLSmGoVcAE6iXG

Untuk pengetahuan korang, kos ujian saringan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala kos kuarantin pula akan ditanggung oleh kerajaan negeri Sarawak.

Alhamdulillah, senang cikgu-cikgu nak start mengajar balik walaupun kena balik awal sikit. 🙂

 

Baca: Pacuan Empat Roda Terjunam Dalam Sungai Di Sarawak, 9 Mangsa Termasuk Bayi 4 Bulan Lemas

Screenshot 2021 01 08 at 12.31.37 PM

Sumber: Malay Mail
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.