Masih hangat diperkatakan mengenai konflik rumah tangga pempengaruh, Jofliam dengan bekas isterinya, Cik Epal yang berlaku baru-baru ini sehingga menjadi siasatan polis.
Kini, muncul pula isu baru apabila hantaran daripada wanita yang didakwa ibu mentua Jofliam iaitu ibu kepada Emira Delyati Dewi (isteri Jofliam terkini) di Thread buat ramai netizen panas membacanya.
Artikel berkaitan: “Ada yang panas jap lagi” – Cik Epal Bawa Anak Gunting Rambut Dekat Kedai Bekas Suami Dewi
Artikel berkaitan: “Memang match made in hell” – Pedas, Cik Epal Sindir Bekas Suami, Sempat Titip Pesan Pada Dewi
“Semuanya bermula dengan ‘insecurity'”
Menurut wanita yang dikenali sebagai Izayati Mustaffa ini, dia dilihat seakan-akan menyindir seseorang melalui postingnya dengan mengatakan individu terbabit terlalu insecure hingga sanggup mereka cerita palsu kerana tidak boleh menerima orang lain lebih baik daripada dirinya.
Semuanya bermula dengan insecurity. Kau terpaksa membuat pembedahan. Plastic surgery, tummy tuck, liposuction. Hanya untuk mendapatkan validasi yang engkau cantik.
“Dan bila ada orang lain dipuji kerana menjadi cantik, kau jadi insecure kembali. Kau rasa tergugat…” dakwanya.
Lebih mengejutkan wanita ini mendakwa individu terbabit mereka-reka cerita hanya kerana dia tahu orang akan mempercayainya.
Reka cerita berdasarkan penipuan kerana kau tahu orang akan mempercayainya,” dakwa Izayati lagi.
“Peluang sudah diberi, tapi kau hancurkan segalanya”
Dalam hantaran lain, wanita ini juga mendakwa individu terbabit sudah diberikan peluang untuk memperbetulkan keadaan, namun memilih untuk menghancurkannya serta masih tidak move on dengan apa yang berlaku.
Satu peluang telah diberikan kepada kau untuk memperbetulkan keadaan. Namun kau hancurkan segalanya dan menjadikan perkara lebih buruk.
“Semuanya sebab kau insecure. Kau boleh beritahu satu dunia yang kau hebat tetapi perbuatan kau menunjukkan sebaliknya. Kau masih hidup di masa lampau.
“Sebenarnya kau masih merindui kehidupan yang pernah kau miliki. Menyesal dengan perbuatan dan kata-kata yang tidak boleh diundur kembali. Kalaulah, kalaulah (kau) tidak kehilangan dia,” dakwanya dalam hantaran tersebut.
Sungguhpun wanita ini tidak menyebut siapakah individu yang diperkatakannya, namun ramai di kalangan netizen mengagak ia ditujukan buat Cik Epal, bekas isteri Jofliam.
Makin tidak berpenghujung pergaduhan mereka ini. Kita doa sajalah semoga mereka semua bertemu sinar damai dan tidak lagi bersengketa.
Sumber: Thread