in

“Semua s*tan bertopengkan manusia” – King Coco Dedah Sebab ‘Malas’ Bertanding PRU15

collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk yang tak tahu, sebelum ini King Coco pernah dipilih sebagai Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu di Bagan Serai selepas berjaya mengalahkan dua calon di sana apabila memperoleh 62 undi dua tahun lalu.

Disebabkan ini, dikatakan ramai netizen yang telah bertanya King Coco adakah wanita ini akan bertanding untuk PRU15 akan datang ini.


Namun begitu, menerusi Instagram, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail memberitahu pengikutnya bahawa dia tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini.

Jelasnya, keputusan ini dibuat kerana dia merasakan pilihan raya kali ini melihatkan semua parti hipokrit dan bukan mahu perjuangkan rakyat tapi hanya mahu dapatkan kerusi.

Semua setan bertopengkan manusia. Takde maknanya perjuangkan rakyat. Semua sendiri. Sanggup jadi hijau biru merah semata-mata untuk kerusi.”

Screenshot 2022 11 03 at 4.10.14 PM

“Kroni kau jugak yang kau pilih”

King Coco turut meluahkan rasa simpatinya terhadap orang lain yang tak dipilih walaupun dah buat kerja membantu rakyat sebelum pilihan raya lagi serta mendakwa hanya kroni sahaja yang dipilih untuk bertanding.

Ada yang kesian, bertahun-tahun buat sebelum pru lagi dah tolong rakyat. Tup Tup tang kroni kau jugak kau pilih.”

Screenshot 2022 11 03 at 3.47.30 PM

Ibu kepada dua orang anak ini turut mengatakan yang dia mungkin tidak akan turun mengundi pada PRU15 ini ekoran muka yang sama sahaja dilihat bertanding.

Tak payah mengundilah macam ni. On the day that mengundi, tak payah mengundi, that’s it!

“Alih-alih muka dia, alih-alih muka dia, takde muka orang lain ke yang boleh jadi perdana menteri ke siapa siapa ke?

“Tak payah cakap pasal calon-calon yang buat kerja, put aside. I’m talking about calon-calon baru these past few days, mana muka-muka baru? Mana muka-muka perempuan, mana muka-muka fresh?”

Ada betulnya jugak apa yang King Coco cuba sampaikan ni, tapi korang jangan pulak tak turun mengundi ya… Tanggungjawab tu!

 

Baca: “Yang undi pun boleh tahan bengap”-King Coco Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bagan Serai

FEAT 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.