Isu mengenai Fauzi Nawawi dan Raja Farah kini sedang menjadi bualan hangat di media sosial, sehingga tempoh artikel ini ditulis, nama pelakon Aku Masih Dara itu sedang trending nombor 1 di Twitter.
Isu lawak mengenai rogol dalam satu program temubual itu telah menyebabkan Fauzi Nawawi dikecam hebat sebelum membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram.
Terpalit dengan isu ini, isterinya, Lisdawati turut terkena tempiasnya.
Insyaallah semua akan ok – Lisdawati
Dalam ruangan komen posting gambarnya, ia dihujani dengan teguran dan sindiran pedas netizen terhadap ketelanjuran kata yang dibuat oleh Fauzi Nawawi.
Terpanggil dengan segala tohmahan yang diberikan, Lisdawati menerusi ruangan komen juga tampil memberi respon dan menegur netizen yang mengecamnya.
Tak perlu komen hal orang lain dalam wall saya.”
Dalam penjelasan itu, Lisdawati meminta agar netizen tidak kaitkan dirinya dengan kontroversi orang lain. Dia juga menegaskan bahawa semua insan ada kesilapannya.
Sebelum ini Raja Farah dan suami ada tampil beri respon berhubung dengan video viral mengenai temubual Fauzi Nawawi berkenaan dengan adegan rogol yang pernah dibuat olehnya bersama Raja Farah dalam sebuah filem, bagaimanapun Fauzi Nawawi ada buat permohonan maaf secara terbuka.
Baca : Fauzi Nawawi Akui Terlepas Cakap Dalam Program TV, Minta Maaf Pada Raja Farah & Suami