in

“Semua banduan sama” – Jabatan Penjara Nafi Najib Dapat Layanan & Bilik Istimewa

Collage 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dibawa ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan hukuman yang diberikan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi.

Ekoran ini, ramai netizen telah membuat spekulasi mengatakan Najib akan menerima layanan yang lebih istimewa tak seperti banduan biasa yang lain disebabkan oleh status yang dipegangnya.


Namun begitu, sebentar tadi menerusi Facebook rasmi, Jabatan Penjara Malaysia telah meminta agar netizen hentikan penyebaran maklumat palsu sambil menyertakan gambar yang tular di media sosial menunjukkan sel penjara VIP yang dihiasi dengan perabot dari IKEA.

https://www.facebook.com/jabatanpenjaramalaysia/posts/pfbid0YWdiXn4Xdgh9PFGHjZ7vnai487jmQN4JXibT9XqqPX1GNBMZhazrM1uAMFRRcjvdl

Malah, ketika bercakap dengan FMT, Jabatan ini sekali lagi menafikan layanan istimewa yang bakal diberikan kepada bekas perdana menteri ini dan menekankan bahawa semua banduan akan dilayan sama rata.

Untuk pengetahuan korang, spekulasi mengenai layanan istimewa terhadap golongan VIP di penjara ini bukanlah perkara yang baru.

Pada 11 Ogos 1989, Malay Mail telah mengeluarkan laporan mengatakan seorang ahli korporat Abdullah Ang ketika ditahan di Penjara Kajang dikatakan dapat keluar masuk dari penjara ke bandar.

Malah ada yang mengatakan, mereka melihat kelibat ahli korporat ini di kilang keluarganya di Jalan Ipoh Kuala Lumpur tanpa pegawai dua hari sebelum dia sepatutnya dibebaskan.

Laporan tersebut mengatakan, pemilik gerai di kawasan kilang tersebut akan melihat Abdullah Ang makan tengahari atau minum petang sambil ditemani orang-orang kaya menaiki kereta mewah dan sering bungkus makanan untuk dibawa pulang ke Penjara Kajang.

Kelibat Abdullah Ang ini sentiasa menjadi perbualan pekerja pejabat dan buruh yang hairan bagaimana dia boleh keluar kerap keluar dari penjara sedangkan dia sepatutnya bekerja di kebun orked di Mantin, Negeri Sembilan seperti yang disediakan oleh Jabatan Penjara.

Ekoran kontroversi ini jabatan penjara dikatakan telah membuat penstrukturan semula menyerupai jabatan polis.

 

Baca: “I’m sorry daddy” – Yana Muat Naik Luahan Di Instagram Lepas Keputusan Rayuan Akhir Najib

Collage 66

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.