in

“Semoga tak terbuka lagi” – BCL Pergi Umrah Tapi Lain Pula ‘Pesanan’ Netizen?

Bcl Umrah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari menjadi perhatian ramai sejak perkahwinannya yang berlangsung pada 2 Disember lalu di Bali, Indonesia.

Bunga juga merupakan isteri kepada pelakon tempatan Allahyarham Ashraf Sinclair dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu, Noah Sinclair.


Artikel berkaitan: “Seperti ciuman terakhir” –  Netizen Indonesia Dakwa Lalat Di Dahi BCL Jelmaan Arwah Suami

Artikel berkaitan: “Semoga berbahagia” – Tindakan BCL Peluk Ibu Arwah Ashraf Ketika Hari Pernikahan Buat Netizen Terharu

Majlis perkahwinan terbaru Bunga dengan Tiko Aryawardhana menjadi perhatian ramai apabila terdapat khabar angin dan beberapa video yang memaparkan terdapat after party di majlis tersebut serta adanya minuman beralkohol.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

Terbaru, Bunga berkongsi dalam laman Instagram miliknya, dia sekeluarga berpeluang menyambut tahun baru dengan menunaikan umrah di tanah suci, Mekah.

Pun begitu, ruangan komen Instagram pelantun lagu Cinta Sejati itu ‘meriah’ dengan komen-komen netizen yang berpesan agar dia lebih menjaga penampilan serta perlakuannya selepas pulang dari mengerjakan ibadah tersebut.

Cats 2

Ada juga yang mempertikaikan bulu mata atau eyelash extensions yang dipakai Bunga ketika mengerjakan ibadah tersebut.

Namun, rata-rata netizen masih mendoakan agar pelakon filem Habibie dan Ainun itu agar memperoleh umrah yang mabrur serta sentiasa isitqomah.

Kita doakan Bunga sekeluarga sentiasa bahagia ya…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.