Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja, lebih-lebih lagi sebagai pengguna jalan raya.
Terbaru, sebuah kemalangan ngeri berlaku di Iskandar Puteri, Johor yang melibatkan sebanyak 5 buah motosikal serta 2 buah kereta membuatkan ramai netizen terkedu.
Artikel berkaitan: “Apa nak jadi lah” – Warga Emas Dipukul Sekumpulan Lelaki Selepas Terlibat Kemalangan
Artikel berkaitan: Rempuh Penunggang Motosikal Dekat Lampu Isyarat, Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah
Bersepaiii pic.twitter.com/z7eYVHnyvK
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 12, 2024
Dalam laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) menerima laporan berhubung kemalangan tersebut sekitar jam 9.21 malam Ahad.
“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Mazda di lorong kanan mengubah laluan ke sebelah kiri kerana cuba mengelak sebuah motosikal yang terbabas dan tidak dialihkan di lorong kanan.
Sebuah kereta jenis Kia yang berada di belakang kereta jenis Mazda cuba mengelak dengan berhenti secara mengejut di bahu kanan jalan menyebabkan sebuah motosikal yang bergerak lurus tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta jenis Kia tersebut disusuli dengan perlanggaran empat motosikal sesama sendiri yang datang dari arah belakang,” katanya.
“Semoga jadi pengajaran”
Kemalangan tersebut sudah pastinya membuatkan ramai netizen ‘meremang’ serta seriau melihat kemalangan tersebut.
Difahamkan, kemalangan tersebut menyebabkan dua mangsa terpaksa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, manakala empat penunggang motosikal yang lain mengalami kecederaan ringan dan kedua-dua pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes kemalangan ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Sinar Harian, X