in

“Semoga dimurahkan rezeki” [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Peniaga Ini Bergelut Selamatkan Gerai Dalam Ribut

Cc 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu, ramai pihak yang terkesan lebih-lebih lagi mereka yang hilang mata pencarian kerana dibuang kerja akibat keadaan ekonomi yang tidak stabil.

Namun, ini tidak mematahkan semangat mereka. Dengan keringat yang ada, ramai yang mula berniaga secara dalam talian dan ada juga yang membuka gerai di tepi jalan untuk menambah pendapatan keluarga.


Sememangnya pelbagai dugaan yang akan dihadapi oleh seseorang peniaga. Baru-baru ini Sebuah video tular di Twitter menunjukkan seorang lelaki sedang berusaha sedaya upaya menyelamatkan khemah jualannya ketika ribut melanda.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1300725765273612289?s=20

Dalam video tersebut, lelaki itu cuba berpaut pada khemah sambil menyelamatkan barang jualannya. Walaupun angin kuat, dia tidak berputus asa dan terus bertahan. 

Video berdurasi 17 saat ini telah mendapat lebih 10 ribu RT namun tiada sebarang maklumat tentang peniaga tersebut yang dapat dikongsikan.

Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen lebih-lebih lagi ada yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada perakam kerana tidak menolong peniaga tersebut.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang meluahkan rasa simpati dan turut berkongsi kisah peribadi mereka yang pernah mengalami situasi yang sama.

C C1 C2 C3

 

Kalau korang ada info tentang peniaga ni boleh kongsikan dengan admin. Mana tahu kita boleh bantu. Apa-apa pun sama-sama kita berharap agar semua peniaga di luar sana dimurahkan rezeki. 

 

Baca: [Video] Oyen Dibiarkan Dalam Sangkar Masa Hujan Ribut Sampai Berpaut Undang Kemarahan Netizen

C6

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.