in

“Semoga cepat sembuh Aceh” – Imam Muda Asyraf, PU Rahmat & Haroqs Turun Padang Bantu Warga Aceh

aceh sedih banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibarat tsunami kedua, itulah gambaran yang sedang berlaku di Kabupaten Aceh Tamiang, Provinsi Aceh, Indonesia sejak dua minggu lalu akibat daripada bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda kawasan itu.

Susulan bencana yang melanda, beberapa kampung termasuk Menang Gini, Kampung Dalam dan beberapa kawasan di Karang Baru hampir lenyap sepenuhnya selepas dilanda arus deras yang membawa lumpur, kayu balak serta serpihan runtuhan.


Penduduk pula kini berdepan dengan keperitan akibat kehilangan rumah serta harta benda, malah kini ada pula yang dijangkiti penyakit dan mengalami kelaparan akibat kekurangan bantuan dari segi makanan.

udara8 1765193157

Artikel berkaitan: “Mayat masih ada dalam kereta” – Situasi Hiba Pasca Banjir Di Kuala Simpang, Aceh

Artikel berkaitan: “Tiada lumpur, tiada longgokan kayu” – Rakyat Indonesia Bandingkan Banjir Sumatera Dengan Malaysia

Imam Muda Asyraf, Haroqs dan PU Rahmat turun padang 

Bagi membantu mangsa yang terjejas, difahamkan beberapa NGO di Malaysia telah digerakkan ke Aceh untuk menyalurkan bantuan makanan.

Malah ‘geng’ Sumud Nusantara seperti Haroqs, PU Rahmat Ikhsan dan juga Imam Muda Asyraf dilihat telah turun ke Aceh untuk melihat sendiri keadaan penduduk di sana dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Menerusi perkongsian Imam Muda Asyraf, dalam dilihat ketiga-tiga personaliti media sosial ini bertemu dengan seorang warga Aceh yang di dalam kesusahan, merintih dan meminta bantuan agar beban mereka dikurangkan.

Di sebalik tenda kesabaran ini. Kami tidak hanya mengenal perkataan ‘Aku, aku, aku’.

“Namun kami juga mengenal ertinya perkataan sebuah pengorbanan ‘Aku Ayahnya, Aku Suaminya, Aku Anaknya’.

“Semoga segera sembuh Aceh,” tulis posting berkenaan.

Menerusi video itu juga, dapat dilihat tempat berteduh lelaki warga Aceh dan ibunya yang sakit hanyalah atap zink dengan kain khemah yang sudah terkoyak.

Penduduk di Aceh juga kelihatan gembira dengan kedatangan sukarelawan dari Malaysia dan berterima kasih dengan bantuan yang diberikan.

Selain itu, dipaparkan juga video lain dari Haroqs yang dilihat memberi coklat kepada anak-anak di sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by International Videographer (@haroqs)

Video tersebut menerima komen positif netizen yang memuji keprihatinan ketiga-tiga personaliti media sosial ini dan meluahkan rasa simpati dengan keadaan mangsa banjir di Sumatera.

bencana 1 down

Sumber: Instagram

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.