Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan gelaran BCL, telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan pasangan pilihan baharunya, Tiko Aryawardhana semalam. Majlis yang serba mewah itu turut diserikan dengan kehadiran kenalan rapat dan keluarga terdekat, termasuk keluarga dari Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.
Kehadiran keluarga Almarhum suaminya itu telah membuatkan ramai netizen di Indonesia dan Malaysia terharu. Satu video Bunga memeluk ibunda Arwah Ashraf telah tular di media sosial dan menambahkan lagi rasa sebak dan terharu mereka yang melihatnya. Korang boleh tengok video @muthiastp di bawah.
Nangis liat BCL sungkem sama ibunya alm. Ashraf. 😭 pic.twitter.com/saMAHkpUmw
— Muthia (@muthiastp) December 2, 2023
Artikel berkaitan: Tiada Lagi Gelaran Sinclair, Bunga Citra Lestari Tukar Nama Di Instagram Menjelang Hari Bahagia
Artikel berkaitan: “Happy bday sayaaang” – Kapsyen IG Story BCL Untuk Reza Rahadian Buat Netizen Keliru
Semoga berbahagia
Rata-rata netizen terharu melihat tindakan Bunga yang memeluk erat dan mengalirkan air mata terharu ketika bersalaman dengan ibunda Arwah Ashraf.
Betul, semua orang yang hadir ke majlis pernikahan ini menerima kedua mempelai dengan berbesar hati. Semua mahu melihat BCL berbahagia bersama orang tersayang dan meneruskan kehidupan baru disamping pasangan.
Susah nak dapat pasangan yang baik dan keluarga mertua yang baik. Power couple yang terpisah kerana kematian memang amat menyakitkan. Beruntung BCL ada keluarga mertua yang sangat memahami walaupun anak mereka telah pergi buat selamanya.
Mertua akan tetap menjadi mertua. Begitu juga dengan ahli keluarga Sinclair yang turut sama hadir meraikan hari bahagia menantu dan ipar mereka ini. Kita doakan BCL dan pasangan berbahagia hingga ke akhir usia.