Baik lelaki atau wanita yang berada dalam sesebuah perhubungan, mesti mahukan hubungan dibina di akhiri dengan ikatan perkahwinan.
Namun, kadang-kadang sesebuah hubungan itu boleh terputus di separuh jalan atas sebab yang tak boleh nak di elakkan .
Tapi, cuba bayangkan hubungan korang tu dah nak sampai ke jinjang pelamin dah, tapi last minit terputus. Apa korang rasa?
Seperti kisah wanita dari Indonesia ini yang terpaksa melupakan hasrat untuk berkahwin bersama tunangnya.
Tunang kahwin lain
Baru-baru ini telah viral apabila kisah seorang wanita terpaksa melupakan hasratnya, untuk berkahwin selepas dikhianati oleh tunangnya sendiri.
Apa yang paling menyedihkan, wanita yang dikenali sebagai Dewi menyatakan bahawa tunangnya telah berkahwin dengan wanita lain.
Namun, dia hanya mendapat tahu mengenai hal tersebut dari jiran tunangnya sendiri. Sedihnya macamtu weh!
Terdahulu, gadis itu telah diminta untuk menunggu lelaki tersebut selama 3 bulan kerana alasannya yang sibuk dengan urusan kerja. Busy? Lepastu kahwin lain?
https://www.tiktok.com/@dewi_ssartika/video/6952083696912469250?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Bakar hantaran & doorgift
Disebabkan terlampau sedih, dia telah membakar segala barangan hantaran dan doorgift yang telah ditempah.
Pada kapsyen posting tersebut, dia menyatakan bahawa dia telah memaafkan bekas tunangnya itu tapi tidak akan lupa kesan di hatinya.
https://www.tiktok.com/@dewi_ssartika/video/6952009240525442305?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Kisah itu telah mendapat perhatian ramai dan telah memperoleh lebih dari 10 juta tontonan di TikTok.
“Kalau bagi orang mesti dapat pahala”
Melihat ke ruangan komen, ramai netizen yang bersimpati dengan nasib wanita tersebut serta ada yang turut berkongsi kisah sedih mereka.
Tetapi, ramai juga yang mengecam tindakannya membakar barangan tersebut kerana dianggap membazir.
Sedih gila weh kalau kena macam ni hmmm. Kita jangan kritik atau kecam dia okay, doakan semoga dia terus kuat.